Menjawab pertanyaan media mengenai dirinya yang yang dikatakan ada memberi tanda suka terhadap tweet seorang pengguna Twitter berkaitan perkahwinan golongan LGBT, hingga ada yang memberikan pelbagai reaksi baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrita ada jawapan sendiri.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa pandangan khusus terhadap status yang dikongsikan itu.
Sebaliknya, dia hanya memberi tanda suka kerana situasi seperti yang dinyatakan di dalam status tersebut ada berlaku.
“Saya tidak anti atau pun menyokong. Cuma tidak dinafikan, situasi seperti yang digambarkan menerusi status tersebut ada betulnya dan mungkin pernah berlaku.
“Ia suatu yang umum malah saya tidaklah menyentuh isu tersebut secara mendalam. Cumanya bagi saya, institusi perhawinan itu merupakan suatu tanggungjawab sesama pasangan.
Ads
“Kena saling menjaga, usah anainya pasangan. Mesej yang saya cuba sampaikan hanyalah itu sahaja,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia boleh menerima golongan tersebut sebagai sebahagian dari hidupnya selepas ini atau sebaliknya, penyanyi Terlalu Memuja ini mengakui setiap individu mempunyai kisah silam tersendiri.
“Saya sendiri tidak boleh kata diri ini sudah sempurna. Malah setiap orang pun ada sisi silam berbeza. Kalau betul-betul mahu berubah menjadi yang lebih baik, saya sanggup untuk bersama-sama bantu.
Ads
“Tetapi sejauh mana individu tersebut tekad untuk berubah, saya tidak boleh memaksa. Jadi sesiapa yang sedang berhadapan dengan situasi tersebut cubalah untuk berikan yang terbaik buat pasangan, teruskan berdoa kepadaNya,” kongsi Wany.
Terdahulu, Wany ditemui media pada majlis pelancaran Diversity In Raya Fashion bersama Starvilion dan Isetan Kuala Lumpur yang bermula pada 5 April hingga 2 Jun depan di Isetan KLCC.
Ads
Menyentuh mengenai koleksi rayanya tahun ini, Wany memberitahu koleksi kali ini lebih mempunyai beberapa perubahan hasil dari reaksi pembeli tahun sebelumnya.
“Jika tahun lalu rekaan Rindu by Wany Hasrita lebih kepada moden, jadi tahun ini kami cuba untuk terapkan elemen yang lebih santai dan sesuai untuk dipakai di mana-mana sahaja, baik di kota atau kampung halaman.
“Malah koleksi tahun ini juga mempunyai lebih 10 rekaan yang pelbagai dari segi rekaan serta fabrik,” jelas Wany.
Turut sama hadir memeriahkan sidang media berkenaan ialah pereka fesyen, Rizman Ruzaini, Hisyam Hamid, Puteri Zarith dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas tular kisah seorang pemuda OKU yang dikenali sebagai Syukri singgah di kediaman Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini, Datin Shahida berkongsi kisah bersama teman media.
Ulasnya, Syukri atau lebih mesra digelar Boy kini telah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Malah, Shahida turut berkongsi bagaimana permulaan kisah pertemuan empat mata dengan pemuda dari Segamat ini.
“Syukri datang ke pondok pengawal dan membawa gambar suami. Pada mulanya suami tidak mahu melayan namun saya nasihatkan agar pergi berjumpa. Lagipun dia OKU. Dia datang ke sini menaiki bas.
“Kami berkomunikasi menerusi mesej dan dia nyatakan hasrat ingin bekerja dengan gaji RM500,” jelasnya kepada MH.
Keistimewaan pemuda ini menimbulkan rasa insaf dalam jiwa Shahida dan rasa simpati mendorong kuat untuk membenarkan Syukri bekerja di bawah mereka.
“Saya tiada masalah dia bekerja di sini. Dan penerimaan itu lebih kepada rasa simpati. Bila melihat dia, saya terbayang akan sikap diri yang suka mengeluh. Kadang kala melihat perangai suami, saya tertanya-tanya mengapa dia begitu. Namun bila tengok Boy yang serba kekurangan membuatkan saya bersyukur dan insaf,” tambah ibu kepada empat orang anak ini.
Kehadiran pemuda berusia 22 tahun ini disifatkan Aliff sebagai penyeri dan meringankan beban kerana sikap ringan tulangnya. Malah, dia cukup bijak menghidupkan suasana.
“Sebelum ini saya tidak pernah mengambil pekerja OKU kerana risau dengan persepsi golongan ini pemalas, namun Syukri berbeza. Dia sangat rajin bekerja.
“Malah dia selalu menemani saya mendaki bukit, menjaga stor, pandai menjaga Yusoff dan pelbagai lagi.
“Tidak dinafikan ramai yang mesej saya meminta agar menjadikan anak mereka sebagai anak angkat namun saya tolak cara baik,” ulas penyanyi Bobo Di Mana ini.
Difahamkan Boy mempunyai kembar perempuan, namun kembarnya boleh bertutur seperti biasa. Ibunya pula seorang penoreh getah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Uyaina Arshad yang kini mengacarakan program popular Indonesia, Dangdut Akademi Asia 4 mengakui tersentak dengan komen juri yang menegur gaya pengacaraannya para Jumaat.
Menurut pihak juri, Uyaina sering ‘memotong’ percakapan mereka ketika sedang memberikan komen kepada paserta yang baru selesai membuat persembahan.
Perkara tersebut turut tidak disenangi juri daripada Malaysia, Mas Idayu yang turut memberikan komen pedas kepada pengacara tersebut.
Lantaran itu, diakhir racangan, pihak DAA4 mengumumkan akan menggugurkan Uyaina daripada mengacarakan program tersebut seterusnya dihantar pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun, situasi terbabit hanyalah ‘prank’ sempena ulang tahun kelahiran Uyaina yang telah dirancang terlebih dahulu oleh pihak produksi dengan kerjasama para juri.
Menurut Uyaina, ini adalah prank hari lahir yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.
“Ini adalah birthday prank yang tidak akan Yana lupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada pihak Indosiar yang cukup Yana sayangi. Ibu Soimah Pancawati dan mummy Mas Idayu bawa watak ibu tiri menjadi sangat,” tulisnya.
Uyaina muncul pengacara Malaysia pertama mengemudi program realiti popular terbitan stesen televisyen (TV) Indonesia bersama tiga hos lain iaitu Irfan Hakim, Ramzi dan Gilang Dirga.
Foto: Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Posting video terkini pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram nyata menyentuh hati ramai. Apatah lagi hari ini berlangsungnya #QuranHour, pelakon cantik itu ada berkongsi video pendek yang merakamkan suaminya, pelakon Aidil Aziz sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu hanya meletakkan tanda emoji dan tanda palang #curicuri #sorrysayang.
Video tersebut yang sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Malah, ada yang turut bercerita perihal latar pendidikan aktor tersebut pada zaman persekolahan.
Baru-baru ini juga, pasangan ini turut mencuri tumpuan apabila Fasha mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertamanya bersama Aidil. Pasangan ini mendirikan rumah tangga Februari lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!