“Saya Tidak Berani Nak Komen Apa-Apa,” – Dilihat Sudah Mengenakan Hijab, Nina Iskandar Enggan Ulas Lanjut

Share

Kebelakangan ini, perkongsian foto dari pelakon asal Brunei, Nina Iskandar menerusi platform media sosial miliknya menjadi perhatian peminat.

Kerap dilihat berkongsi gambar sambil mengenakan tudung, para peminat mulai memberikan reaksi terhadap penampilan pemilik nama lengkap Nur Akmalina Iskandar ini.

Ketika diminta memberikan reaksinya mengenai perkara tersebut, Nina memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Saya tidak berani nak komen apa-apa pasal itu. Saya cuma harap orang ramai sentiasa mendoakan yang baik untuk diri saya,” katanya kepada MH.

Difahamkan pelakon berusia 29 tahun ini masih lagi berada di Brunei dan merancang untuk kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

“InsyaAllah saya akan balik Malaysia selepas hari raya nanti dan saya akan mula kembali ke dunia lakonan selepas ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos 2019 di Forest Valley, Cheras.

Selepas itu, Nina selamat melahirkan anak pertamanya pada 23 Disember dah diberi nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin.

Foto: Instagram Nina Iskandar

Published by
MH