Bukan seorang dua selebriti lelaki pernah digosipkan dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha.

Sebelum ini juga dia pernah dikatakan menjalinkan hubungan istimewa dengan rakan pelakon seperti Aedy Ashraf dan Ben Amir.

Malah, baru-baru ini namanya kembali hangat diperkatakan bersama Aedy susulan mereka menghadiri konsert band popular British, Coldplay di London, bersama baru-baru ini.

Diminta mengulas mengenai hubungannya dengan aktor berusia 29 tahun itu, Daiyan mengakui Aedy merupakan teman baiknya.

“Saya Tidak Kisah Sangat Diaju Soalan Peribadi, Cuma…,” – Daiyan Trisha

“Tidak ada apa yang perlu saya ulas mengenai kehadiran saya bersama Aedy di konsert Coldplay itu.

“Saya tidak sangka gambar itu akan viral kerana niat saya nak berkongsi kenangan manis menyaksikan konsert itu.

Ads

“Kalau saya tidak berkongsi gambar bersama Aedy pun, nanti ada yang pertikaikan bila tahu dia pun ke sana.

“Saya pun tidaklah kisah sangat diaju soalan peribadi, cuma bila ada perkara baharu seperti ini (pencalonan AIM), rasa sedih juga bila orang lebih memberi perhatian mengenai perkara lain,” katanya kepada MH.

“Saya Tidak Kisah Sangat Diaju Soalan Peribadi, Cuma…,” – Daiyan Trisha

Daiyan ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ads

Daiyan tercalon menerusi dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Kedua-duanya menerusi karya lagu yang sama iaitu Penat, nyanyian Daiyan bersama Tuju K-Clique.

“Saya sangat-sangat gembira bila tercalon walaupun untuk dua kategori sahaja tetapi salah satunya adalah kategori utama.

“Saya Tidak Kisah Sangat Diaju Soalan Peribadi, Cuma…,” – Daiyan Trisha

“Saya Tidak Kisah Sangat Diaju Soalan Peribadi, Cuma…,” – Daiyan Trisha

Ads

“Apatah lagi mengetahui saya bersaing dengan 600 pencalonan dan akhirnya kami berada dalam lima terbaik.

“Saya memang mengharapkan untuk menang, tetapi berada dalam top 5 juga sudah membuatkan saya gembira.

“Sekurang-kurangnya AIM menjadi salah satu platform untuk artis menghasilkan karya berkualiti dan bagi yang tidak begitu mainstream, boleh diangkat martabat mereka,” katanya.

AIM23 bakal bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September ini. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI