Sebagai umat islam, sudah semestinya kita tidak boleh lupa kepada rukun iman yang ke-3 iaitu membaca kitab suci Al-Quran.

Pelakon, Norman Hakim merupakan duta kepada program World Quran Hour tahun ini dan dirinya turut sedar dalam menyampaikan mesej buat senua agar terus mencintai kitab suci Al-Quran.

Norman ketika ditemui pada program World Quran Hour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor, pada Khamis memberitahu, dia gembira atas sambutan yang diberikan untuk projek murni ini berbanding tahun sebelumnya.

“Saya selaku duta Quran Hour dapat melihat sesuatu perubahan yang lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas.

IKLAN

“Jadi pada saya ini adalah sesuatu yang perlu sama-sama kita meraikan dan kita sokong dan saya mengalakan atau mengajak kepada semua sama-sama untuk mencintai Al-Quran, supaya kita sentiasa dibarakahi oleh Allah S.W.T, kehidupan kita duniawi dan ukhrawi,” katanya kepada MH.

Di samping itu, pelakon berusia 43 tahun itu juga berharap ramai rakan selebriti untuk tidak bersikap mengabaikan kitab Al-Quran.

IKLAN

“Saya tidak layak untuk menasihati sebenarnya tapi saya berharap ia akan membuka lembaran baru kepada bukan setakat keluarga terdekat, tapi masyarakat di luar sana dan bersama sekali dengan rakan-rakan selebriti yang lain.

IKLAN

“Mungkin mereka mempunyai pilihan untuk tidak mengwar-warkan, tetapi saya mengambil ini sebagai satu platform dakwah kecil untuk menyampaikan seterusnya mempelawa ramai untuk sertainya.

“Tapi saya rasa kalau lebih ramai selebriti yang terlibat, maka lebih besar dakwah yang kita boleh capai,” kata Norman kepada MH.

https://www.instagram.com/p/ByHGZaxjuiv/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI