Hampir dua tahun beri fokus pada rumah tangga, Izara Aishah tidak menafikan meski dirinya ada menerima tawaran lakonan, namun dia memilih untuk selektif.
Malah, bintang ini juga sebolehnya cuba untuk tidak membawakan watak yang berunsurkan stereotaip terhadap golongan wanita.
“Jujurnya saya sangat cerewet tentang watak yang akan dibawa dan disebabkan itu saya jarang muncul di kaca televisyen.
“Kalau boleh, saya tidak mahu membawa watak klise mengenai wanita. Biarlah watak yang diberikan itu mencabar dan berdasarkan kisah benar pun bagus,” jelasnya.
Izara terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Izara Aishah X Lilit di The Linc Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut berkongsi pandangan mengenai kritikan netizen akan penampilannya yang dikatakan agak berani.
“Apa sahaja yang dikatakan netizen, saya tidak pernah ambil kisah. Dan ia tidak penting,” tegasnya ringkas.
Terdahulu, aktres ini kembali berkongsi perihal suntik bibir sebagaimana yang pernah dinyatakannya menerusi laman Twitternya, tidak lama dulu.
“Saya mengaku suntik bibir dan kini bibir saya sudah kembali seperti biasa. Ia tidak harus menjadi isu,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Izara Aishah muncul berkolaborasi bersama Fashion Valet mengeluarkan clothing line yang diberi nama Lilit khas untuk wanita berhijab.
Cukup mengejutkan, ada koleksi pakaian Izara Aishah X Lilit sudah pun habis terjual hanya dalam masa satu hari selepas dilancarkan.
https://youtu.be/gypci2Rz278
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI