Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Datin Rebecca Nur Al Islam meluahkan kesedihan gara-gara barangan kemas hadiah hantaran perkahwinannya berjenama Chopard hilang.
Tidak mahu menuduh, namun jelas wanita ini, hanya dia dan suami serta tiga pembantu rumah sahaja mempunyai akses untuk keluar masuk bilik tidurnya.
“Assalamualaikum. Hari ini saya sedang sedih sangat tapi tak tahu bagaimana nak khabarkan. Sebagaimana yang dikongsikan di IG Story saya tadi, rantai dan gelang itu merupakan hantaran kahwin berjenama Chopard. Saya sayang sangat dan jarang memakainya.
“Saya simpan di atas almari mekap. Selain daripada suami dan saya ada akses ke bilik tidur, tiga pembantu rumah juga boleh masuk ke bilik tidur.
“Tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk adalah yang sentiasa mengemas bilik saya, dua orang sudah balik dan tinggal seorang dan akan balik pada bulan satu.
“Kalau dalam Islam, jika tidak nampak, kita tidak boleh menuduh. Namun saya sangat ralat dan sedih. Serba tidak kena dan rasa hendak menangis.
“Rasa seperti mimpi ngeri. Minta-minta Allah gantikan apa yang hilang dengan lebih baik.
“Mungkin jodoh saya dengan rantai dan gelang sampai di sini. Saya mengadu kepada suami dan suami minta saya reda dan berdoa banyak-banyak.
“Semua pembantu rumah saya mempunyai IG dan tahu saya amat menyayangi mereka. Saya tidak mahu menuduh, namun katakanlah antara ketiga-tiga pembantu rumah ini ada terambil. Bila buat salah, saya sentiasa memaafkan.
“Tapi tolong pulangkan. Ia adalah pemberian suami selama kami berkahwin 10 tahun. Semoga saya kuat,” luahnya dalam nada sebak.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen mendoakan agar pelakon ini menemukan kembali barangannya yang hilang .
Foto : Instagram Rebecca Nur Al Islam