Tiada kepentingan baginya kerap muncul di kaca televisyen semata-mata untuk kekal relevan, Nur Fazura mengakui populariti bukanlah fokus utama dalam skala seni ketika ini.

Tidak dinafikan, watak yang sering ditawar dirasakan sesuatu yang klise dan tidak mengembangkan perspektif dalam karier lakonan, jelas bintang jelita berkenaan.

Lalu lebih baik untuk mengekalkan eksklusiviti daripada terlihat di merata tempat.

Saya tidak mementingkan populariti dan tiada keperluan untuk membuktikan kepada sesiapa bahawa saya dilimpahi banyak tawaran lakonan.

“Lebih baik saya terus kekalkan eksklusiviti dan apabila mendapat tawaran yang sesuai, baru saya akan muncul mengubati rindu peminat.

IKLAN

“Saya akui ramai yang merindui lakonan saya, namun itu tidak bererti saya akan terus menerima semua watak yang ditawarkan.

“Watak yang diberikan selalunya sama, saya diminta untuk mendukung watak wanita kaya, mempunyai syarikat besar dan bakal dijodohkan dengan lelaki kaya yang baru sahaja pulang dari London.

“Watak sebegini bukan lagi dalam perhatian. Saya mahu kekalkan eksklusif daripada sentiasa kelihatan di mana-mana.

IKLAN

“Jika anda berbakat, populariti akan datang dengan sendiri. Namun jika anda mengejar populariti dan tiada bakat, apa sumbangan anda kepada industri?” jelasnya.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia di Festival Filem Malaysia ke-27 itu ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Dendam Pontianan di Cineplexes Damansara, pada Selasa.

IKLAN

Bakat harus seiring dengan penampilan, dan kata isteri kepada Fattah Amin ini, dia tidak perlu melakukan kontroversi untuk sentiasa meniti di bibir peminat.

“Jika anda tiada apa yang boleh dilakukan dalam kerjaya, anda boleh cipta kontroversi atau perkara viral untuk dikenali.

“Saya tidak mahu lakukan sesuatu semata-mata untuk membuktikan saya berada di tempat teratas. Tidak perlu untuk berada di mana-mana dengan cerita yang mengarut untuk kekal popular, jika selebriti lain rasa ia penting, teruskan. Saya tidak mahu begitu,” jelasnya lagi.

Fazura akan muncul dalam filem paling dinanti, Dendam Pontianak pada 12 September ini disamping Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feziliana dan Namron.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI