Aktres Nora Danish menjelaskan dia tidak tinggal serumah dengan bekas suami, Nedim Nazri selepas masing-masing membawa haluan sendiri.

Bintang yang sinonim menerusi sitkom Puteri itu berkongsi mengenai hal tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories miliknya, pada Ahad.

“Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal bersama kerana kami sudah bercerai,” kongsinya.

Ibu kepada dua cahaya mata juga menambah, tidak mengapa sekiranya bekas suami dilihat bersama wanita lain kerana mereka kini sudah tidak bersama lagi.

Malah perceraian yang berlaku adalah daripada permintaan Nora sendiri.

“Saya Tidak Serumah Dengan Nedim & Tidak Akan Tinggal Bersama Kerana Kami Sudah Bercerai,” – Nora Danish “Saya Tidak Serumah Dengan Nedim & Tidak Akan Tinggal Bersama Kerana Kami Sudah Bercerai,” – Nora Danish “Saya Tidak Serumah Dengan Nedim & Tidak Akan Tinggal Bersama Kerana Kami Sudah Bercerai,” – Nora Danish

Ads

“Dan tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?” tulisnya.

Nora turut menegaskan dia dan bekas suami hanya rapat atas urusan anak-anak.

“Masing-masing dah melalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih, harap maklum,” ujar Nora.

Ads

Imbas kembali, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Nora dan Nedim berpisah talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, 19 Jun lalu.

Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15, sebelum berpisah pada 2008.

Ads

Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI