Penyanyi Kaka Azraff tampil membuka mulut mengenai kemelut melibatkan dirinya dengan syarikat rakaman, Warner Music seperti yang hangat diperkatakan, sejak beberapa hari lalu.
Menurut Kaka, dia agak terkilan kerana tindakkan ini dilakukan secara tiba-tiba dan tanpa penerangan yang jelas.
“Sebagai artis yang paling lama bersama Warner Music, saya percaya setidaknya saya berhak mendapatkan alasan rasmi kenapa kontrak saya ditamatkan.
“Sejujurnya saya tidak terkilan kontrak ini ditamatkan cuma saya terkilan dengan cara syarikat rakaman yang membuat keputusan secara tiba-tiba.
“Mereka juga tidak memberikan saya ruang untuk berbincang secara lebih jelas walaupun tempoh yang diberikan 30 hari,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Bukan Hal Aku ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media tergempar yang berlangsung di The Flint, Damansara pada Rabu.
Ads
Pada masa sama, Kaka turut menegaskan dirinya langsung tidak menyesal dengan mesej langsung yang telah dihantar kepada pelakon Austria, Nathaniel Buzzolic.
Bagaimanapun dia akui yang dirinya boleh menggunakan bahasa yang lebih baik.
“Saya hanya memberikan respon terhadap video propaganda yang saya rasa ia menyedihkan.
“Mereka kata, rakyat Israel memilih kehidupan tapi mereka di Gaza memilih kematian. Kenyataan itu kejam.
“Sedangkan Israel yang menjajah Palestin. Israel itu negara haram dan banyak melanggar undang-undang antrabangsa.
Ads
“Tak salah untuk saya luahkan perasaan. Lagipun ia merupakan DM. Saya tak ajak orang lain untuk sama membenci. Tindakan pihak Israel sangat tidak bermoral.
“Jadi, kalau mereka menjangkakan saya untuk bermoral kembali, mereka tak layak nak dapatkan itu daripada saya. Saya bukan anti-perkauman atau antisemitik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Kaka turut mendedahkan dirinya ada berjumpa dengan pihak Warner Music untuk proses penamatan kontrak.
Ads
Namun, keputusan muktamat masih belum dibuat dan Kaka menyerahkan hal tersebut kepada pihak peguam
Kita ada berjumpa tapi bukan perbincangan. Cuma untuk menandatangani surat penamatan kontrak pada 30 November lalu.
“Mereka dakwa saya telah melanggar undang-undang global yang ditetapkan syarikat rakaman.
“Saya belum tandatangan lagi dan sebab itu saya memberikan hal ini kepada pihak peguam untuk mereka perhalusi terma-terma baru tersebut,” akhirinya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Kaka, Aidil Khalid daripada Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil memaklumkan mereka kini sudah menghantar surat balas kepada pihak Warner Music
“Kami telah menghantar surat balasan terhadap Notis Penamatan tersebut bagi pihak Kaka, bertarikh 5 Disember 2023.
“Intipatinya, antara lain, mengambil maklum penamatan kontrak Kaka, tetapi dalam masa yang sama merizabkan segala hak Kaka di sisi undang-undang,” ujarnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi juga vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua, Khalisa Insyirah Khairul Azmi pada jam 3.28 petang Isnin.
Azmi memaklumkan mengenai berita gembira itu menerusi satu hantaran terkininya yang dikongsikan di Instagram.
“Pukul 3:28 petang tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Baby dan ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.
“Baby gebu. Beratnya 3.62 Kg. Moga Khalisa Insyirah Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen disusuli dengan pelbagai komen baik-baik daripada peminat dan rakan artis.
Dalam pada meraikan meraikan kegembiraan tersebut, Azmi turut mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan mereka agar dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata selepas kehilangan anak sulung, Allahyarham Khairul Afnan, dua tahun lalu.
“Sejujurnya, sebelum isteri nak menjalani pembedahan melahirkan anak kami tadi, saya agak risau. Bagaimanapun, apabila semuanya sudah selesai, rasa lega sangat dan amat bersyukur kerana Allah beri lagi peluang untuk kami mempunyai zuriat.
“Alhamdulillah, nama ‘baby’ isteri yang pilih. Malah, sejak setahun lepas kami dah cari nama Khalisa Insyirah ini yang maknanya, Insya Allah cukup baik.
“Khalisa bermaksud suci atau murni, manakala Insyirah membawa makna ketenangan,” katanya, petik Harian Metro.
Terdahulu, Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011 dan selepas 10 tahun sabar menunggu zuriat, mereka dikurniakan anak sulung lelaki, Allahyarham Khairul Afnan pada 27 September 2021.
Bagimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia pada 30 September 2021 kerana kegagalan fungsi otak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh baru-baru ini isu larangan merokok di tempat awam khususnya di kedai-kedai makan berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Susulan itu, pelakon, Sharnaaz Ahmad turut mempunyai pandangan peribadi mengenai isu ini.
“Larangan merokok memang baik!! Tapi bagi aku perokok tak lah terbaik mana lah tetapi buang sifat penting diri, jadi okeyyyyy lah ikut lah..
“TATAPIIIII, Jangan sesekali kurang ajar pada perokok, dari denda merokok, jadi denda penendang… perokok manusia, bukan sampah.
“Lagi satu nak cakap pasai larangan merokok, memang baik larangan tu, kami perokok sambut dgn baik,
“TETAPI! Ingat ya tanpa perokok jugak perniagaan saudare saudari cikebom cikebom pun boleh lingkup. Tak caye tanya mamak sebelah umah hang!,” tulisnya di Twitter.
Apa-apapun, moga-moga rakyat Malaysia dapatlah ikut undang-undang yang ditetapkan.
Lain orang, pasti lain pendapatnya kan. Betul tak?
Foto/Instagram: Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!