Berita

“Saya Tumpang Gembira… Mereka Sudah Bertahun Tak Jumpa,” – Puteri Sarah

Share

Pelakon Puteri Sarah Liyana tumpang gembira apabila bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke rumah keluarga bagi bertemu ibu bapanya di Kuala Lumpur, semalam.

Kata Puteri Sarah, dia bersyukur dan pertemuan itu berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya turut gembira apabila mentua pun gembira.

“Biarpun sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan Syamsul, saya tumpang gembira apabila dia akhirnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Papa (Datuk) dan Mama (Datin).

“Apatah lagi, mereka sudah bertahun tak jumpa dengan Syamsul. Sebenarnya, Syamsul sendiri yang nak jumpa mereka. Cuma saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu. 

“Saya pulang ke rumah dahulu ambil anak-anak dan bawa sekali jumpa datuk dan nenek mereka sebelum kami ke Vietnam untuk bercuti. Apa pun, semuanya sudah selesai,” katanya.

Tambah Puteri Sarah, kehadirannya pada pertemuan itu tidak ada maksud atau niat lain seperti yang didakwa netizen iaitu kembali bersama Syamsul.

“Ingin dijelaskan, sehingga detik ini saya tidak terfikir ingin kembali pada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan sebegini. 

“Sekarang ini, saya mahu tenang-tenang saja di samping membesarkan anak-anak dan fokus pada kerjaya,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH