“Saya aktif berteater dan selain itu sibuk membesarkan anak di rumah.” Itu kata penyanyi, Nikki Palikat ketika ditanya mengenai dirinya yang lama menyepi dalam seni suara tempatan sebelum ini.

Nikki atau nama sebenarnya, Nicolette Louisa Palikat,36, diumumkan sebagai antara 13 bintang yang bakal berentap di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bakal memulakan saingannya bermula 21 November depan.

Menurut Nikki, anak lelakinya, Liam Mok sudah meningkat dewasa dan merasakan ini masa terbaik untuk membuat kemunculan kembali.

“Saya Tunjukkan Klip Lagu Caramu Dan Dia Terkejut,” – Nikki Palikat Dedah Anak Baru Tahu Ibu Penyanyi ‘Masuk TV’, Reaksinya Lucu! “Saya Tunjukkan Klip Lagu Caramu Dan Dia Terkejut,” – Nikki Palikat Dedah Anak Baru Tahu Ibu Penyanyi ‘Masuk TV’, Reaksinya Lucu!

“Anak tunggal saya sudah pun berusia 11 tahun. Jadi rasanya inilah masa yang sesuai untuk ‘comeback’. Saya bergelar ibu pada usia yang agak muda. Bila sudah bergelar penyanyi, komitmen pada kerjaya pasti akan besar.

“Jadi apabila bergelar ibu, naluri keibuan itu menebal. Misalnya saya mahu jaga anak sendiri. Lalu komitmen terhadap keluarga menjadi lebih besar berbanding untuk menjadi penyanyi. Tapi sekarang, ‘its a good time’ untuk kembali,” katanya.

Ads

Ditanya mengenai reaksi anak, Nikki mendedahkan Liam sebelum ini pernah menontonnya membuat persembahan secara langsung.

“Saya Tunjukkan Klip Lagu Caramu Dan Dia Terkejut,” – Nikki Palikat Dedah Anak Baru Tahu Ibu Penyanyi ‘Masuk TV’, Reaksinya Lucu! “Saya Tunjukkan Klip Lagu Caramu Dan Dia Terkejut,” – Nikki Palikat Dedah Anak Baru Tahu Ibu Penyanyi ‘Masuk TV’, Reaksinya Lucu!

“Anak saya pernah lihat saya penyanyi, tetapi di pentas teater muzikal. Cuma sekarang akan muncul menyanyi di TV. Hanya baru-baru ini dia tahu…. Saya tunjukkan klip lagu Caramu dan dia terkejut.

Ads

“Selorohnya, ‘kenapa tak jadi penyanyi yang famous?’ Saya kata ‘sebab nak jaga awaklah’,” kata Nikki yang tidak menafikan pernah menerima tawaran untuk menyertai program sama sebelum ini.

“Saya pernah ditawarkan (GV) cuma belum ada rezeki untuk menjadi finalis pada ketika itu. Namun saya tidak nafikan sejak dulu ada peminat menerusi media sosial yang bertanya bila mahu buat kemunculan kembali.

“Bila nak sertai GV dan sebagainya. Bila sudah dapat peluang, saya tak akan lepaskan. Semua peserta pun bagus dan bila bertemu buat kami pertama, kami boleh sekepala,” katanya.

Ads

“Saya Tunjukkan Klip Lagu Caramu Dan Dia Terkejut,” – Nikki Palikat Dedah Anak Baru Tahu Ibu Penyanyi ‘Masuk TV’, Reaksinya Lucu! “Saya Tunjukkan Klip Lagu Caramu Dan Dia Terkejut,” – Nikki Palikat Dedah Anak Baru Tahu Ibu Penyanyi ‘Masuk TV’, Reaksinya Lucu!

Sementara itu, GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem permarkahan 100 peratus juri profesional. 

Barisan juri tetap terdiri daripada pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Edisi kali ini mengekalkan pengacara musim terdahulu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert mingguan akan berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam disiarkan Astro Ria.  

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI