Penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella memuji cara kapten dan anak kapal mengawal insiden melibatkan seorang penumpang yang didakwa membuat gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Zarul yang juga merupakan bekas pramugara disebuah syarikat penerbangan tempatan, situasi seperti ini harus dikawal dengan tenang bagi memastikan para penumpang lain tidak berasa terancam.

“Demi keselamatan penumpang lain penerbangan MH122 berpatah balik ke Sydney. Tahniah kepada anak kapal MH122, dapat handle situasi dengan tenang.

“Penumpang-penumpang macam ni kita kena monitor dan layan dia elok-elok. Cuba jangan bagi dia kacau penumpang lain. Jangan simbah api pada minyak panas.

“Apapun kisah disebaliknya kita tak tahu tapi pengajarannya disini ialah sikap profesionalisme yg ditunjukkan oleh ank kapal MH adalah sangat dibanggakan.

“Keputusan yang bagus daripada kapten, patah balik ke Sydney bagi polis sahaja uruskan. Habis cerita,” tulisnya.

“Saya Uruskan Penumpang Mabuk Macam Ni La,” – Lelaki Buat ‘Gangguan’ Dalam Pesawat MH122, Zarul Umbrella Puji Pilot & Anak Kapal MAS

Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Ramalanku Benar-Benar Belaka itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Ads

Pada masa sama, Zarul turut mendedahkan dirinya pernah berhadapan dengan situasi yang hampir tetapi ia melibatkan penumpang mabuk.

“Saya pun uruskan penumpang mabuk macam inilah. Layankan sahaja dia asal dia jangan kacau penumpang lain dan tidak menggugat keselamatan kapal dan penumpang lain,” kongsinya lagi.

“Saya Uruskan Penumpang Mabuk Macam Ni La,” – Lelaki Buat ‘Gangguan’ Dalam Pesawat MH122, Zarul Umbrella Puji Pilot & Anak Kapal MAS

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tahap profesionalisme kapten dan anak kapal MH112 selain turut berharap agar pesawat dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

“Malaysian hospitality. Dalam keadaan tegang masih boleh tenang. Terbaik.

Ads

“Seram juga. Tapi betul, dalam keadaan begini, kena tenang. Jangan provoke dia lagi. Good job MH crew. Proud.

“Semoga dipermudahkan urusan sahabat-sahabat kita pulang ke tanah air. InsyaAllah.

“Salute dengan kabin krew,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, disebabkan insiden tersebut, sekurang-kurangnya 32 penerbangan domestik telah dibatalkan.

Ads

Memetik laporan Astro Awani, Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan domestik turut berdepan kelewatan sehingga 90 minit akibat insiden tersebut.

Terdahulu, Polis Persekutuan Australia (AFP) memaklumkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam ini (Isnin) kerana membuat gangguan.

Jelas AFP, semua penumpang telah dipindahkan dari pesawat berkenaan dan insiden tidak mencetuskan sebarang ancaman terhadap masyarakat.

Penerbangan itu meninggalkan Sydney pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan mendarat semula di landasan pada pukul 3.47 petang.

Penerbangan MH122 membawa 194 penumpang dan lima kru.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zarul Umbrella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI