Meskipun dihimpit kontroversi, pelakon Ruhainies menegaskan dirinya akan sentiasa kekal kuat dan tenang selain turut merefleksi diri dengan segala nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia percaya setiap ujian yang berlaku di dalam hidupnya ketika ini mempunyai hikmah yang sangat besar.

“Saya Yakin Ada Rezeki Lebih Besar Allah Aturkan…,” – Ruhainies Kongsi Rahsia Kekal Kuat

“Allah mengurniakan saya dengan pelbagai jenis rezeki, kerja, penggambaran di sana sini, disayangi ramai, keluarga serta sahabat yang baik, sihat tubuh badan dan macam-macam lagi sepanjang 31 tahun ini.

“Baru sekali Allah uji dengan ujian besar, takkan nak mengeluh. Saya terima, reda dan bersyukur juga. Dia uji sebab Dia sayang,” tulisnya.

Kenyataan tersebut merupakan respon Ruhainies terhadap pertanyaan seorang individu menerusi sesi soal jawab di ruangan Instagram Stories.

“Saya Yakin Ada Rezeki Lebih Besar Allah Aturkan…,” – Ruhainies Kongsi Rahsia Kekal Kuat

Ads

Malah, pelakon drama Terjerat ini juga menyifatkan Allah sebagai sebaik-baik perancang.

“Dalam Al-Quran pun disebut dua kali, ‘Setiap kesusahan, pasti ada kemudahan’. Saya percaya tiada yang sia-sia.

“Malah, saya yakin ada rezeki lebih besar yang Allah sudah aturkan untuk saya. In sha Allah. Tiada badai yang kekal selamanya,” ujarnya.

Menerusi platform sama, Ruhainies turut mengingatkan para pengikutnya untuk kekal tenang dan tidak terlalu mengikutkan emosi dengan kata-kata orang luar.

Ads

“Saya Yakin Ada Rezeki Lebih Besar Allah Aturkan…,” – Ruhainies Kongsi Rahsia Kekal Kuat

“Awak akan terus menderita jika anda memberikan reaksi emosi diatas segala yang diperkatakan kepada anda.

“Kekuatan sebenar adalah untuk sentiasa kekal tenang dan memerhati dengan logik akal.

Ads

“Jika kata-kata berjaya menguasai anda, maka orang lain juga boleh mengawal anda. Tarik nafas dan biarkan semua berlalu,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan pada 17 Oktober depan.

Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ruhainies

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI