HomeBerita“Saya Yakin Orang Sudah Pun Tak Mahu Diaib Atau Dimalukan, Mereka Juga...
“Saya Yakin Orang Sudah Pun Tak Mahu Diaib Atau Dimalukan, Mereka Juga Ada Maruah,” – Bantuan Ditularkan Demi Content, ‘Deep’ Respon Ustaz Yaakub Yusra
Tidak dinafikan dalam perkembangan media sosial ketika ini, ada yang menghasilkan ‘content’ berunsur kebajikan tetapi secara tidak langsung memalukan subjek tanpa sedar.
Misalnya, ada yang menjadikan amalan sedekah terutama kepada golongan asnaf sebagai ‘content’ di media sosial sekaligus memalukan mereka, atas sebab tertentu.
Meski golongan ini wajar diberikan perhatian, namun itu tidak bererti aib mereka juga sewenangnya dijaja.
Mengulas mengenai perkara itu, pendakwah bebas, Ustaz Yaakub Yusra Mohd Yusof meminta ramai untuk lebih berhati-hati.
Jumpe video ni kat FB, beratus2 gak org share. Ni ustaz yaakub, founder murtada dakwah centre (madad) tu. Diorg buat projek ATM beras wei! Kagum guna teknologi camni! 😱
Tapi, betul la ckp ustaz ramai skrg sedekah utk content. Dlm x sengaja, boleh memalukan penerima tu. Hmm. pic.twitter.com/a4hs01rzpp
“Tolonglah kalau gambar mak, ayah atau adik-beradik kita ni, orang ‘publickan’ untuk content mereka… ya bagi bantuan tapi point utamanya mengaibkan.
Ads
“Saya yakin orang susah pun tak mahu diaib atau dimalukan. Tapi kadang-kadang mereka terpaksa. Ya Islam ajar pada kita ‘tangan memberi lebih baik dari yang menerima’, tapi janganlah yang memberi itu mendapat kredit.
“Sementara yang menerima itu mendapat malu dan aib. Mereka juga ada maruah. Sebab itu kita harapkan dalam bab ini, semua boleh berhati-hati. Ambil pengajaran.
“Memberi itu tidak salah, tapi berilah dalam cara tidak mencalarkan maruah orang lain, insyaAllah,” katanya yang juga Pengasas Murtadha Dakwah Centre (MADAD) itu.
Ads
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 163,000 kali di Facebook dan 132,000 kali di Twitter sejak tular beberapa hari lalu.
Menerusi video Facebook berdurasi 2 minit 24 saat itu juga, Ustaz Yaakub menunjukkan cara-cara menggunakan mesin ATM beras, Rice for Asnaf yang dicipta MADAD khusus untuk golongan berkenaan, sebelum ditanya persoalan apabila golongan asnaf dipergunakan sebagai content oleh seorang individu.
Dalam video sama, Ustaz Yaakub tampil berkongsi manfaat mesin ATM Beras yang diusahakan untuk memudahkan pihaknya menghulurkan sumbangan kepada asnaf meski ada yang memandang serong.
Ads
“Bukan view yang dicari tapi manfaat daripada perkongsian untuk ummah. Normallah, ada yang sambut baik tak kurang juga yang mempertikaikan.
“Yang kritik tak setuju tak apa, yang penting MADAD buat mesin ini untuk mudahkan golongan asnaf terima bantuan dan manfaat.
“Mesin ATM Beras yang MADAD buat ni salah satu cara untuk tutup rasa malu dan segan asnaf minta bantuan. Hanya apply kad dan lepas tu mai berusan dengan mesin ja. Tak jumpa dah orang. Yang susah ambil beras, yang senang sumbang beras. Kan best ada ekosistem macam tu,” antara penjelasannya.
Terdahulu, beberapa lokasi di sekitar Kedah telah dikenalpasti sebagai lokasi untuk meletakkan mesin ATM beras berkenaan dan 100 asnaf yang berminat boleh mendaftar sebagai pemegang Kad ATM Beras menerusi MADAD.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti versatil, Elly Mazlein meminta pasangan yang sudah berkeluarga agar sentiasa bersyukur apa adanya.
Penyanyi lagu Bungaku Bawakali ini turut menyatakan setiap dari kita perlu menerima setiap kekurangan dan kelebihan pasangan.
“Berkasih sayanglah kita. Yang sudah berkeluarga, terima kelebihan dan kekurangan. Bersyukurlah sentiasa.
“Nak lebih memang tak akan dapat. Yang dah ada depan mata tu, tatanglah bagai minyak yang penuh,” tulisnya dalam satu perkongsian di Insta Stories pada Ahad.
Malah, Elly yang turut memuat naik beberap foto pelukan suami isteri menerusi platform sama turut titipkan pesan moga sentiasa bersyukur.
“Berkasih sayang dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Yang tak bersyukur ni selalu rugi.
“Jadinya, bersyukurlah… InsyaAllah kita akan sentiasa rasa cukup. Peringatan untuk diri sendiri juga,” tulisnya lagi.
Beberapa hari lalu, foto rangkulan erat suaminya, Azlan Che Nuh yang dimuat naik di Instagram mendapat reaksi ramai hingga ada di antara peminat yang turut berkongsi foto hampir serupa.
Hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 80,000 tanda suka.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan itu, kelihatan ramai peminat yang mengucapkan tahniah buat pelakon filem Juvana itu.
Dalam pada itu, ada juga yang sempat bertanyakan bilakah giliran Shera untuk mendapat anak perempuan pula.
Shera atau nama sebenarnya, Nur Shahira Ayob berkahwin dengan Zahiril Adzim pada Disember 2011 dan dikurniakan seorang anak, Nadi Anaqi yang lahir pada Jun 2013.
Foto/Instagram: Shera Aiyob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas pandangannya terhadap kempen bendera putih telah disalah erti hingga menimbulkan kontroversi.
Perkara itu dilakukan Vida menerusi akaun media sosial miliknya.
Di dalam video secara langsung itu, Vida menegaskan dia tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak.
“Dengan apa penerangan saya, diharap jika terkasar bahasa, terkeliru atau terasa dengan apa yang saya cakap, saya minta maaf banyak-banyak.
“Saya tidak bermaksud sekali pun untuk menyakitkan hati you all. Saya minta maaf ya. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa. Saya tak bermaksud untuk bak bagi you all terasa, sakit hati, berbalah sesama you all.
“Saya nak ucapkan salam permulaan hidup, normal baru,” katanya.
Vida antara lain turut melakukan inisiatif dengan memulakan kempen peraduan #usahajanganmalas dan meminta pengikutnya di media sosial menghantar video kreatif menggunakan hashtag berkenaan.
Pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai yang akan diumumkan pada 17 Julai depan.
Menerusi video sama, Vida turut berhasrat melakukan infaq berbentuk senaskhah al-quran kepada mana-mana individu yang membeli set wangian keluarannya.
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...