
Kecoh apabila pernikahan antara Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang sepatutnya berlangsung Ahad ini dibatalkan secara tiba-tiba.
Awi Rafael menerusi kenyataan video di laman Instagram menegaskan bahawa dia terpaksa menarik diri dan membatalkan perkahwinan.
Namun menerusi ruang komen di laman sosial sebuah portal, bapa Atikah, Suhaime Jamali menegaskan bahawa pernikahan ini dibatalkan oleh pihaknya.
“Saya bapak Atikah Suhaime nak perbetulkan majlis bukan Awi batalkan tapi saya yg batalkan.”
Ulasnya lagi, Awi dan keluarga tidak dapat menerima kenyataan lantas mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Awi tak dpt terima bila saya batalkan majlis demi utk kebaikan masadepan anak saya.
“Yes dia n family tak blh accept i do what i hv to do this is for my daughter future.”
Netizen turut mempersoalkan tindakan Awi dan menyatakan lelaki itu seperti memburukkan keadaan.
Foto – Instagram Mstaronline
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkahwinan Kedua Suliza Salam, Percaya Urusan JodohNya – “Kadang Kita Terlalu Memikirkan Apa Orang Kata, Sedangkan…”

Isi Kandungan
TogglePerrnah melalui fasa perpisahan sebelum ini, penyanyi era 80-an, Suliza Salam akhirnya kembali bertemu jodoh.
Penyanyi yang juga ibu kepada Ismail Izzani ini akhirnya menemui kebahagiaan dalam perkahwinan keduanya bersama ahli perniagaan, Ismail A Ahmad.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Disember tahun lalu dan pada Februari, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi tertutup yang dihadiri keluarga serta sahabat terdekat.
Setiap Ujian Pasti ada Hikmah
Menurut Suliza, selepas lebih lima tahun mengenali suaminya, hubungan mereka berubah daripada sekadar persahabatan kepada satu ikatan yang lebih mendalam.
“Bercerai bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dalam setiap kesedihan pasti ada hikmahnya. Kak Su mula rapat setelah melalui fasa perpisahan.
“Keprihatinan dan kesungguhannya untuk sentiasa berada di sisi Kak Su, bukan hanya untuk diri Kak Su tetapi juga untuk anak-anak dan cucu-cucu, benar-benar menyentuh hati.
“Malah kematangan dan keyakinannya juga berjaya meyakinkan Kak Su. Usia bukan ukuran, yang penting adalah kesanggupan diri untuk memikul tanggungjawab,” ujarnya, petik Mingguan Wanita.
Restu Keluarga
Malah tidak dinafikan, restu daripada keluarga juga penting, termasuk daripada anak lelakinya, Ismail Izzani.
Bagi Suliza, perkahwinan ini bukan sekadar satu ikatan, tetapi satu janji untuk sama-sama menjaga dan menyayangi hingga ke akhir hayat.
“Kadang-kadang kita terlalu memikirkan apa orang kata, sedangkan bahagia itu adalah hak kita sendiri.
“Tuhan sudah menentukan jodoh, tugas kita adalah menerima dan menghargainya,” katanya lagi.
Bahagia Milik Semua
Keikhlasan dan keyakinan dalam membina rumah tangga bersama telah memberikan Suliza kekuatan untuk melangkah ke fasa kehidupan baharu dengan lebih yakin.
“Melihat senyuman orang tersayang pada hari bahagia membuatkan Kak Su semakin yakin bahawa inilah keputusan terbaik dalam hidup.
“Bila kita ditemani orang yang betul, tiada alasan untuk menolak kebahagiaan. Semuanya selesai dengan baik.
“Dan yang paling penting, kami mendapat restu daripada semua yang kami sayangi. Syukur, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber/Foto: Mingguan Wanita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Video Ayah Minta Maaf Buat Netizen Menangis

Tidak dinafikan tahun ni banyak betul iklan-iklan raya yang superb! Malah harus dipuji kualiti video, pelakondan konsep harus dipuji.
Astro juga tidak ketinggalan untuk melancarkan iklan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang menyentuh hat iberjudul ‘Kisah Benar Adli & Luqman : Dari Hati Ayah’.
Iklan ini berkisahkan tentang perngorbanan seorang ayah bernama Encik Adli yang ingin menebus kesilapan lalu dan mengotakan semula janji terhadapa anaknya Luqman yang disahkan menghidapi masalah Autistik.
Menariknya, video ini berbeza sedikit berbanding iklan lain.
Bayangkan apa jadi apabila seorang ayah terpaksa melalui dugaan hidup untuk mendapatkan kemaafan daripda anak istimewanya itu.
Namun adakah Encik Adli dapat menunaikan apa yang dihajati? Jom tonton video di bawah ini
Sedih kan?
Sejak video ini ditayangkan di kaca televisyen dan dikongsi di media sosial, ia mendapat sabutan dan reaksi baik daripada pengguna media sosial. Malah, video yang mampu buatkan air mata kita mengalir ini juga mendapat perhatian dari netizen luar negara.
Menekankan kepentingan amalan memohon maaf di hari lebaran, Astro dengan tema ‘Kosong Kosong, Dari Hati’ meletakkan nilai kemaafan dalam bentuk sendiri.
Selain itu, Astro juga ingin menekankan elemen keihlasan dan kerendahan hati dalam tindakan kita. Malah, ia juga bakal memberi kesedaran dan membuka minda masyarakat agar lebih peka dan prihatin mengenai Autisme.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Dah Tak Suka…,” – Soal Anak Muda Abaikan Akademik, Datuk Rosyam Nor Perjelas Video Bersama Usahawan ‘Kembar 7G’

Sebelum ini, nama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor pernah hangat diperkatakan gara-gara memuat naik sebuah video bersama pasangan kembar, Ieka Tajudin dan Iera Tahudin di laman Youtube.
Difahamkan, pasangan kembar tersebut kini telah pun berjaya bergelar usahawan meskipun keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka gagal hampir ke semua subjek.
Video berkenaan nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang mendakwa Rosyam seperti mahu menggalakkan golongan muda untuk tidak mengutamakan mengenai soal akademik.
Mengulas mengani isu tersebut, Rosyam sebaliknya menjelaskan Allah telah menetapkan rezeki buat setiap individu dan sebagai orang yang lebih berpengalaman, dia berasa terpanggil untuk memberikan nasihat.
“Kejayaan dan rezeki seseorang tu kita tak pernah tahu. Kalau dia dah tak berminat ke arah itu, saya sebagai yang lebih tua harus memberikan motivasi pada dia.
“Dia tak suka pada akademik tapi suka pada perniagaan,” katanya kepada MH.
Tambah Rosyam yang genap 53 tahun usianya hari ini, jika seseorang itu sudah pun menetapkan matlamat hidup mereka, biarlah mereka kejar apa yang mereka impikan
“Kita yang dah ada pengalaman ni, kita bagi nasihat dekat dia. Pada dia mungkin akademik tak penting tapi bagi orang lain penting.
“Jadi, dia dah tak suka, biarlah dia teruskan dengan perniagaan. Saya juga membantu dia untuk mempromosikan perniagaan dia. Itu je niat dia,” jelasnya lagi.
Pelakon filem Misteri Delilah ini berkata sedemikian sewaktu ditemui selepas berakhirnya sesi pengambaran program MHthrowback pada Isnin.
Dalam pada itu, Rosyam turut menegaskan dia sebenarnya enggan mengambil peduli mengenai mereka yang mengecam kerana menganggap semua orang berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing.
“Semua orang boleh kecam. Tapi pada saya tak perlulah kecam-kecam ni sebab rezeki masing-masing kita tak tahu macam mana. Cuba saya interview orang yang kecam tu, mesti pun dia suka juga.
“Saya sebenarnya melihat kepada ‘padang’ yang saya pergi. Kalau ia jenis macam ni, saya akan bermain dan mengikut rentak dia. Kalau ke tempat lain, mungkin situasinya berbeza,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI