Pelakon dan hos, Mira Filzah menjawab pertanyaan peminat menerusi Ins Stories mengenai ketiadaannya di program bual bicara, Nona yang akan diganti dengan hos baru, pelakon Aymra Rosli.
Jelas Mira menerusi Ask Me Question, dia bersyukur kerana berjaya mengendalikan program berkenaan selama empat tahun bermula Disember 2017.
“Banyak soalan psl Nona! Haha. Tak ada apa laahhh. Biasalah pengacara bersilih ganti. Kalau tgk dkt Wikipedia ada nama nama pengacara terdahulu dan tahun mereka mengacara. Nona sentiasa tukar pengacara utk pembaharuan.
“But Alhamdulillah, Mira rasa Mira bertahan agak lama dlm program ni. First shooting Mira pada Disember 2017. Pejam celik pejam celik nak hampir 4 tahun!,” tulisnya.
Sambil mengakui Nona sering bertukar-tukar pengacara sebagai pembaharuan, bintang drama Sweet Dreams ini juga bakal membuat penampilan terakhir di Nona, Ahad ini.
“This week last episode Mira, next week, first episode pengacara baru and Mira ada muncul skip to say goodbye. Nnt dah betul2 habis, baru kita sembang psl Nona lg k! Sbb banyak soalan psl Nona,” tulisnya lagi.
Selain Nona, pihak TV3 turut mengumumkan beberapa pertukaran hos baik untuk program Melodi dan Muzik-Muzik.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar mendedahkan dia sudah lengkap dua dos vaksinasi jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu.
Menurut Ellie, keputusan untuk melengkapkan dua dos vaksinasi adalah kerana menghormati permintaan suaminya, pelakon Azri Iskandar.
“Saya bukan seorang antivaksin. Saya ambil vaksin lain seperti BCG, polio dan sebagainya. Mengenai vaksin Covid-19, saya cuma suarakan pendapat saya. Tak salah untuk saya suarakan pendapat.
“Saya sudah menerima dua dos vaksin jenis Sinovac. Saya ambil vaksin kerana suami. Azri sudah bagi saya masa selama dua tahun untuk saya bersuara mengenai vaksin dan wabak ini serta menyokong saya.
“Jadi apabila suami memberikan arahan, saya mengikutinya kerana saya respek suami saya. Memang ‘berperang’ kejap, tapi dia suami saya, saya kena ikut cakap dia atas rasa hormat. Anak saya juga sudah mendapatkan vaksin.
“Sebab utama saya adalah kerana suami. Apa-apa yang terjadi, dia akan tanggung. Kedua, dia juga tahu saya sayangkan industri seni. Dia tahu saya sedih jika saya tak dapat bekerja dalam dunia seni, jadi saya menurut kata suami,” katanya.
Pengarah filem Penanggal ini ditemui di majlis pelancaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali di The Majapahit, Mont Kiara sebentar tadi.
Ellie dilantik sebagai jurulatih lakonan untuk karya yang dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin, Nabila Huda dan Scha Alyahya itu.
“Ini adalah kerjasama kelima dengan Osman. Sebelum ini, saya pernah jadi ‘acting coach’ untuk filem Ombak Rindu, Pilot Cafe, Kau Yang Satu dan Langsuir.
“Saya baru sahaja balik dari Sarawak menjadi ‘acting coach’ untuk teater Puteri Santubong. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kini saya memberikan fokus untuk filen Telaga Suriram.
“Saya teruja kerana ramai pelakon filem ini merupakan pelakon yang pernah memenangi anugerah terbaik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Adam Shahz tidak terasa hati dengan video yang dimuat naik oleh suami kepada bekas isterinya, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang didakwa memerlinya sewaktu hadir ke mahkamah ketika prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal mereka, Ivy Herra Sophia baru-baru ini.
Menurut Adam, orang luar boleh membuat apa sahaja andaian tetapi dia lebih selesa untuk berdiam diri.
“Pada awalnya, saya tak tahu mengenai video tersebut sehinggalah saya keluar daripada kawasan mahkamah. Tiba-tiba sahaja, notifikasi telefon saya sibuk.
“Saya berhenti tepi jalan lalu lihat apa yang berlaku. Selepas itu, baru saya tahu kewujudan video berkenaan. Bagaimanapun, saya tak anggap ia sebagai satu isu dan saya tidak berasa hati.
“Kalau nak cakap dia mengata saya, mungkin itu hanya tanggapan orang luar yang melihat. Saya tiada rasa apa pun ketika melihat video tersebut,” katanya kepada MH.
Adam berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Jelas Adam lagi, dia juga tidak mahu merendahkan dirinya dengan memanjangkan hal tersebut yang berkemungkinan akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Kalau saya melayan, apa beza level dia dengan saya? Bukan level saya nak melayan perkara-perkara seperti ini.
“Andai kata saya berbalas kenyataan atau video, saya rasa keadaan akan bertambah rumit dan keruh. Saya pun tak nafikan mungkin tindakkan tersebut adalah bertujuan untuk memancing emosi,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya sama ada dia pernah berhubung secara personal dengan Aliff, Adam memaklumkan dia tidak pernah berbuat sedemikian.
Bagaimanapun, wakil daripada Aliff pernah mencuba untuk menghubunginya supaya kes hak penjagaan anak ini diselesaikan secara baik, namun dia terpaksa menolak.
“Saya tak pernah berkomunikasi dengan dia. Cuma sebelum kes ke mahmakah itu, pengawal peribadinya ada menghubungi saya untuk minta saya selesaikan isu ini secara baik tapi saya tolak.
“Janji-janji manusia ini kita tak boleh percaya. Saya dah banyak kali terkena. Mula-mula cakap lain, lepas dah beberapa tahun cakap lain pula. Jadi, saya memang mahu isu ini diselesaikan di mahkamah.
“Biar mahkamah yang buat keputusan. Kalau saya yang melanggar perintah mahkamah, ambil tindakan kepada saya. Begitu juga sebaliknya.
“Ini juga nasihat saya buat pasangan-pasangan yang punyai masalah sehingga ke arah penceraian. Pastikan semuanya berakhir di mahkamah. Jangan selesaikan sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat.
Satu prosiding majlis sulk akan diadakan membabitkan kedua-dua belah pihak yang bakal berlangsung pada 28 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!