Pelakon, Fasha Sandha memuji inisiatif aktres, Nora Danish yang memulakan usaha untuk menjernihkan lagi hubungan selepas beberapa tahun.
Menurut Fasha, titik tolak pendamaian itu bermula selepas Nora mengikuti akaun media sosial, Instagram miliknya.
“Pada awalnya, saya masih ada perasaan takut. Bimbang kalau Nora masih menyimpan perasaan marah lagi. Nak dijadikan cerita, dia yang mula-mula mengikuti saya di Instagram.
“Saya terkejut dan berfikir lama sama ada nak follow balik atau tidak. Hampir dua minggu juga saya berfikir.
“Kemudian, bila difikirkan semula, kenapa saya tak nak follow back pula? Saya tak perlu jadi bitter. Hati Nora sangat baik. Dia tahu Rayqal ialah abang kepada anak-anak saya.
“Jadi, kami follow Instagram masing-masing dan mula berkomunikasi melalui DM. Dari situ saya sedar, Nora punyai jiwa yang sangat besar dan tak kisah mengalah,” katanya kepada MH.
Ads
Fasha dan Nora ditemui ketika majlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk keluaran Inayah Beuty, Gattox baru-baru ini.
Pada masa sama, Fasha juga memaklumkan dirinya telah banyak belajar daripada pengalaman lampau.
“Saya merasakan diri saya yang lebih banyak khilafnya. Semasa zaman muda, kita tak berfikir panjang sama ada perkara itu baik atau tidak.
Ads
“Kita rasa semua tindakan kita betul. Bila kita meningkat usia, kita jadi lebih matang dan tahu mana yang baik dan buruk.
“Sebenarnya, kita tak perlu jadi kawan baik pun. Cukup sekadar menyokong antara satu sama lain walau dalam diam.
“Yang penting kita tidak saling menjatuhkan. Kita adalah keluarga dan ikatan itu tidak boleh putus. Jejai juga sangat baik dengan kami,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Nora menegaskan dirinya tidak mahu lagi bermusuh dan berusaha menjaga hubungan baik ini sampai bila-bila.
“Kita hidup ini hanya sementara. Paling kita tak nak adalah bermusuhan dengan sesiapa pun lebih-lebih lagi kami dalam satu industri yang sama.
“Permusuhan itu perkara terakhir yang saya mahukan nak-nak lagi disebabkan lelaki. Memang tak la,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kurang beberapa hari sahaja lagi, platform e-dagang terbesar, Taobao bakal mengadakan promosi durian runtuh bersempena dengan kempen tawaran 11.11 Taobao Malaysia!
Tawaran 11.11 Taobao Malaysia merupakan kempen yang penuh dengan pilihan menarik yang membolehkan anda mendapatkan apa sahaja barangan bermula daripada keperluan harian, perkakas rumah, peralatan sekolah sehinggalah macam-macam lagi.
Jadi jika anda mencari barangan yang jarang dijual di kedai-kedai biasa, Taobao adalah solusinya.
Malah anda juga tidak perlu bimbang lagi dengan batas bahasa kerana Taobao telah pun melancarkan ‘interface’ dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan urusan jual beli anda di platform digital berkenaan.
Ia sekaligus menjadikan aplikasi itu lebih mesra pengguna.
Bertemakan ‘Fikir Saja, Taobao Kan Ada’, Tawaran 11.11 Taobao Malaysia akan membawa anda meneroka dan merasai pengalaman membeli belah yang tidak terjangkau dek fikiran.
Sebagai contoh, jika anda melihat sesuatu yang estetik di internet dan tidak tahu di mana tempat untuk mendapatkannya, anda hanya perlu melakukan carian di Taobao dan segalanya tersedia dengan hanya satu klik.
Nah, Ini Pilihan Menarik Untuk Anda:
– Burger Beg
Beg boleh digayakan sebagai beg tangan, ‘sling bag’ atau ‘backpack’ sudah menjadi klise dan membosankan. Lebih-lebih lagi bila ada yang ingin berlumba-lumba memperagakan beg masing-masing, termasuk yang berjenama mewah. Namun secara dasarnya, ia tetap kelihatan sama.
Tapi jangan lupa, anda sebenarnya boleh tampil berbeza dan tampak lebih menyerlah apabila menggayakan Beg Burger yang unik ini. Sesuai untuk mereka yang gemarkan fesyen unik, ini dia item pelengkap gaya yang bakal beri ‘fashion statement’ kepada si pemakainya.
– Kerusi rendah Tembikai
Boleh milikinya di Taobao, kerusi unik ini tampak cerita seterusnya mampu membangkitkan minat anak-anak anda untuk duduk, sama ada ketika makan atau menyelesaikan tugasan sekolah.
Dengan warna yang menyerlah, ia juga praktikal dan boleh juga diletakkan pada mana-mana sudut kediaman yang bersesuaian bagi menonjolkan sentuhan yang lebih berwarna-warni terhadap dekorasi kediaman.
– Kusyen kucing berbentuk durian
Bosan dengan sangkar atau tempat rehat yang biasa buat si bulus? Apa kata dapatkan aksesori kucing yang unik ini! Ia tampak lebih selesa ditambah dengan rekaan ceria sesuai dengan si comel peliharaan anda.
Pada masa sama, ia juga akan menambahkan nilai estetika di ruangan spesifik kucing anda yang mungkin sebelum ini kelihatan sederhana sahaja.
Promosi Besar-Besaran & Tawaran Gila Di Taobao Malaysia 11.11
Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk borong semua barangan yang anda inginkan pada kempen tawaran 11.11 Taobao Malaysia ini.
Berikut adalah tawaran-tawaran istimewa yang anda boleh dapatkan di Taobao:
– Penghantaran Percuma Setiap Hari
Pada jam 10 pagi setiap hari, dapatkan baucar penghantaran percuma bernilai RMB35 (sekitar RM21) tanpa had belian minimum!
– Belanja Lebih, Jimat Lebih
Apabila anda berbelanja RMB300 (sekitar RM170), anda layak untuk mendapatkan potongan RMB50 (sekitar RM29)
– Promo Kod Harian
Dapatkan promo kod bernilai hingga RMB111 (sekitar RM66) yang dikeluarkan setiap hari pada jam 9.00 malam di Facebook dan Instagram Taobao Malaysia.
– Keistimewaan Pengguna Baru
Jika anda baru sahaja memuat turun aplikasi Taobao, nikmati tawaran eksklusif sehingga RM90 seperti baucar penghantaran percuma dan potongan servis untuk pembelian pertama.
Dengan pelbagai tawaran yang wow, anda sudah bersediakah untuk merasai pengalaman membeli belah yang ‘gila-gila’ ini? Muat turun sekarang aplikasi Taobao secara percuma di Apple Store dan Google Play Store.
*Nilai promo sebenar ditentukan oleh kadar tukaran semasa.
Sehubungan dengan itu juga, pada 7 hingga 10 November ini, Taobao turut mengadakan program Taobao X Tapak | Karnival G11.11LER! yang akan berlangsung di Tapak Urban Street Dining, Kuala Lumpur.
Karnival ini pastinya meriah dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan artis popular, permainan mini bola sepak, ‘gashapon’ dan ‘photobooth’ buat pengunjung sambil berpeluang memenangi promo kod eksklusif dan cenderamata Taobao.
Inilah peluang terbaik anda untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang gempak serta mengujakan yang tidak akan anda rasai di platform-platform lain.
Tawaran G11.11LER hanya di Taobao!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh terkenal, Ryan Bakery sememangnya sudah senonim sebagai pembikin konten yang selalu membawakan isu berkaitan ragam masyarakat.
Terbaharu, Ryan telah memuat naik sebuah konten mengenai ragam petugas kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di hospital.
Video berkenaan telah mendapat sambutan luar biasa sehingga meraih lebih tujuh juta tontonan di aplikasi Tik Tok.
Ketika ditemui media, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery mendedahkan video berkenaan telah mengundang kemarahan segelintir pihak yang kurang senang dengan kontennya itu.
Menurut Ryan, video tersebut bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan pengalaman yang pernah dilaluinya sepanjang hidup.
“Memang ramai yang marahkan saya bila saya buat video mengenai pekerja hospital yang menjaga kaunter itu. Malah, ramai juga yang follow akaun Tik Tok saya disebabkan video tersebut.
“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat.
“Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya kepada MH.
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia yang berlangsung di sebuah premis acara di Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Ryan turut mendedahkan ada juga segelintir pihak yang menegurnya sehingga ke ruangan direct message (DM).
“Ia merupakan pengalaman saya sepanjang berjumpa dengan orang.
Namun, saya jadikan isu tersebut sebagai hiburan sahaja dan bukan untuk menyerang mana-mana pihak.
“Bila ada yang DM dan menegur saya mengenai video kaunter hospital itu, saya muat naik satu Instagram Stories dan terangkan semula kepada mereka secara baik.
“Saya bagitahu yang saya tiada niat nak menghina dan saya hanya lakonkan semula ragam manusia di Malaysia ini. Konten ini ada pelbagai jenis. Mungkin nanti kita buat video fasal polis yang jaga roadblock pula,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ryan yang mempunyai jumlah pengikut memcecah empat juta di Tik Tok juga teruja apabila namanya tercalon untuk beberapa kategori di Tik Tok Awards Malaysia 2023.
Menurutnya, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi sebaliknya gembira dengan program-program yang meraikan dan menghargai para pembikin konten.
“Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga, syarikat pengurusan, kawan-kawan dan pengikut di media sosial, saya berjaya sampai ke tahap ini. Tanpa mereka, hal ini mungki tidak akan berlaku.
“Bila nama tercalon, siapa sahaja yang tak seronok. Bagi saya, nama tercalon pun saya sudah bersyukur.
“Saya tak meletakkan sangat harapan untuk menang. Kalau berharap sangat, nanti tak dapat, kita pula yang sedih. Saya follow the flow sahaja. Kalau ada rezeki, kita menang. Kalau tiada, kita cuba lagi,” akhirinya.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi satu luahan daripada pengikut laman media sosial miliknya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Di samping berkongsi puisi indah, Fedtri berharap agar semua yang terkesan akibat pandemik ini untuk terus cekal dan tabah mengharungi dugaan ini.
“Luahan salah seorang pengikut di laman sosial saya:
“Lain orang lain dugaan,
dunia berjuang mencari huraian
“Lain bidang lainlah cabaran,
ada yang ranap ada yang bertahan
“Baru hendak bernafas kembali,
perintah itu menguji rezeki
“Moga tidak rebah menyerah,
kerana ada Yang Maha Pemurah
“Curahkan rasa mengadulah jiwa,
tangis harapan seorang hamba #mco #2021 #covid19,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa sedih serta simpati terhadap perkara ini.
Sekadar informasi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
PKP bakal berkuatkuasa selama 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Foto: Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!