Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa ada bersamanya tidak kira apa jua keadaan sekali pun.
Menurut Aliff, ketika dia mengharungi fasa hidup yang agak sukar, kasih sayang yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapanya menjadi antara pemangkin semangat untuk dia terus berubah kearah kebaikkan.
“All my life, you stood by me. When noone else was ever behind me. All these lights, they can’t blind me. With your love,
nobody can drag me down.
“Pinjaman dari Allah yang tiada ganti. Through my bright and dark phases you two have always been there. Alhamdulillahirabbil’alameen,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sayang Sayang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, suami kepada pelakon, Bella Astillah ini turut berharap agar dia dikurniakan waktu yang cukup untuk terus berbakti buat kedua ibu bapanya itu.
“I just pray that Allah will bless me with enough time to show you how grateful I am for all your sacrifices for me.
“Though i can never repay your sacrifices, i will do my best to make you happy as you two deserves nothing less than that. Insyaallahuta’ala. Love you Umi and Ayah,” ujarnya lagi.
Entri berkenaan turut dilihat mendapat perhatian daripada ibu kepada Aliff yang turut berkongsi reaksinya di ruangan komen.
“Allahuakbar ya robb. Alhamdulillah, masyaallah this brought happy tears to me. Sayang kami pada anak-anak tiada nilainya. If only all children knows how much their parents love them without any agenda and unconditionally masyaallah semua akan benar-benar sayang pada kedua-dua ibu bapa.
“Kami hanya ingin melihat anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Umi sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana memberikan abang peluang untuk mencari fitrah diri,” luahnya.
Dalam pada itu, ibu kepada Aliff itu turut berdoa agar anaknya itu terus istiqomah dalam mengejar cinta Allah SWT.
“Abang hanya pinjaman pada kami bukan hak kami tapi hak allah jadi kembalikan hak Allah semasa hidup ini dengan taat pada perintah NYA nescaya you will find peace in your heart.
“Jangan sia-siakan masa muda Abang lagi. Umi dan ayah doakan semoga Allah permudahkan perjalanan, perjaungan dan lindungi abang hingga ke jannah. Allah maha baik aamiin yra,” akhirinya.
Sebelum ini, kisah mengenai penghijrahan Aliff telah pun menarik perhatian ramai pihak dan mereka juga turut dikatakan gembira selepas melihat perubahan tersebut.
Aliff juga dikhabarkan telah menyertai kumpulan tabligh untuk keluar selama tiga hari bagi mendalami dengan lebih lanjut mengenai ilmu agama.
Sumber: Instagram Aliff Aziz