“Sayang, Larat Tak Nak Pakai Tudung?,”- Eyra Hazali Puji Tindakan Tunang ‘Tanya’ Dulu Sebelum Video Call, Sweet Betul!

Share

Pelakon, Eyra Hazali memuji tindakan tunangnya, Haziq Nazli yang memintanya supaya mengenakan tudung dahulu sebelum membuat panggilan video.

Katanya, apa yang dibuat si tunang yang juga merupakan penjaga gol bola sepak negara itu sesuatu yang bagus kerana menghormatinya sebagai wanita berhijab.

Eyra berkongsi perbualan Whatsapp tersebut di laman Twitter miliknya.

“Bagus tanya dulu,” tulisnya.

Menerusi perbualan Whatsapp itu, Haziq bertanya kepada Eyra adakah dia larat memakai tudung sekiranya dia ingin membuat panggilan video.

“Sayang larat tak nak pakai tudung. Video call dengan I kejap,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen rata-rata netizen memuji pasangan ini yang menghormati privacy antara satu sama lain.

Untuk pengetahuan, Haziq kini sedang mewakili negara bagi saingan Piala AFF Bawah 22 Tahun yang berlansung di Kemboja.

Sumber: Twitter Eyra Hazali

Published by
Aizam Manaf