Sejak dua hari lalu, kecoh di kalangan netizen selepas viral rakaman video tarian dan pakaian penari yang mencolok mata di dalam majlis persandingan anak pelakon senior Normah Damanhuri.

Lantas majlis resepsi melibatkan Ahya Rosli yang juga merupakan seorang pelakon dan model bersama isteri mendapat kritikan pengguna media sosial.

Rata-ratanya memberi pendapat kesal terhadap perkara tersebut. Lalu, awal malam tadi, Normah menerusi Instagram telah berkongsi video pendek menyatakan rasa maaf buat semua peminat atas khilaf yang telah berlaku.

Ads

“Assalamualaikum.. saya Normah Damanhuri menyusun sepuluh jari ingin memohon jutaan maaf diatas kekhilafan tentang majlis perkahwinan anakanda saya Ahya dan shahirah.

“Saya bagi pihak seluruh keluarga sekali lagi memohon maaf.. akan berhati2 selepas ini..dan ia nya tak akan berulang lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Ads

Lalu, entri tersebut menerima ribuan komen pelbagai netizen. Mahal, Ahya dan kakaknya yang sinonim disapa Kak KM dilihat turut meninggalkan komen terhadap video berkenaan.

“Sayang Mak,” – Normah Damanhuri Buat Permohonan Maaf di IG, Ini Reaksi Ahya & Kakaknya Liana Rosli

Ads

Setiap orang berhak memberikan pendapat kan? Apa pun, diharapkan apa yang berlaku sebagai pengajaran buat kita semua.

Sementara itu, dalam ramai yang mengkritik, ada juga yang memuji tindakan pelakon veteran itu yang tampil secara profesional memohon maaf secara terbuka.

Foto: Instagram Normah Damanhuri, Ahya Rosli & Kak KM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI