Atas sambutan baik yang diterima terhadap drama Kisah Cinta Kita (KCK), penerbit Datuk A Aida mengambil inisiatif untuk menyiarkan babak yang tidak ditayangkan di televisyen di saluran YouTube A.Aida Production bermula jam 6 petang, sejak semalam.
Menurut A Aida, meski drama 28 episod itu sudah berakhir kelmarin, namun pihaknya masih mendapat banyak permintaan daripada penonton yang mahukan drama itu ditayangkan semula.
“Memandangkan setiap episod terdapat babak yang penyunting terpaksa potong sebab tidak mahu ‘overrun’ di kaca TV, jadi saya putuskan untuk siarkan babak itu di YouTube. Sekurang-kurangnya penonton masih boleh terus mengikuti cerita ini.
“Dalam masa sama, kami nak tunjuk yang mana babak yang sudah dibuat itu juga menarik. Tapi disebabkan had masa ditetapkan stesen TV iaitu 43 minit setiap episod, jadi kita tidak boleh siarkan.
“Pendek kata ini adalah hadiah buat semua penyokong drama ini,” katanya.
Ads
Bagaimanapun, tayangan di YouTube itu hanya membabitkan 26 episod sahaja, kecuali episod lima dan sembilan.
“Sayang nak buang babak yang sudah ‘shoot’. Cuma, episod lima dan sembilan saja tidak ada yang ‘overrun’.
Ads
“Episod selebihnya ada banyak. Jadi, kalau di kaca TV ada 28 episod, di saluran YouTube hanya 26 episod,” katanya lagi.
Terdahulu, drama lakonan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson itu diperkatakan ramai sejak ia mula bersiaran pada 26 November lalu di slot Akasia, sekali gus menjadi ‘trending’ di Twitter.
Disebabkan itu juga, A Aida merancang untuk menerbitkan KCK musim kedua selepas ini.
Ads
“Allhamdulillah, terima kasih pada semua peminat KCK. Insya-Allah kita cuba cadangkan KCK2, harapnya pihak TV3bagi lampu hijau,” katanya.
Selain Aedy dan Amelia, KCK turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maria Farida, Khaty Azean dan Ikmal Amry.
Sementara lagu tema drama ini dinyanyikan Usop berjudul Sejarah Cintaku serta dua lagi lagu lain iaitu Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip dan Ernie Zakri) dan Duri (Ahmad Syafiq).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Watak dalam sesebuah filem boleh mengubah nasib dan juga populariti seseorang pelakon. Karakter tersebut menjadikan mereka ikonik dan diingati oleh penonton dari segenap pelusuk dunia. Kepada yang gemarkan rangkaian filem superhero Ironman dan Avengers, pastinya watak Black Widow atau Natasha Romanoff antara yang paling diingati.
Aktres Scarlett Johansson baru-baru ini berkongsi kisah mengenai watak ikonik yang dilakonkannya itu. Rupa-rupanya usai sesi uji bakat, dia sebenarnya tidak terpilih untuk memegang watak itu. Sebaliknya seorang lagi pelakon terkenal Hollywood telah ditawarkan untuk memegang watak tersebut.
“Saya adalah peminat tegar filem Iron Man yang pertama dan saya mahu bekerjasama dengan Jon Favreau dan Robert Downey Jr. Namun kemudian saya diberitahu yang saya tidak mendapat watak itu. Saya terkejut tapi perkara itu berlaku setiap masa,” ujarnya berkongsi kisah apabila diberitahu yang sesi uji bakatnya tidak berjaya.
Namun bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Kongsinya lagi, “Ditakdirkan beberapa minggu kemudian, pelakon yang mendapat watak tersebut tidak dapat memberi komitmen kerana percanggahan jadual penggambaran. Jon kemudiannya bertemu saya sekali lagi dan saya memberitahu kepadanya yang saya masih lagi tersedia dan tidak ada apa-apa komitmen lain.”
Jadi siapa yang dapat watak tersebut? Pelakon yang berjaya mendapat watak tersebut ialah Emily Blunt! Aktres yang terkenal dengan watak Emily Charlton dalam filem The Devils Wears Prada ketika itu sudah terikat dengan kontrak untuk berlakon dalam filem komedi Gulliver’s Travel. Jadi dia terpaksa menolak untuk melakonkan watak Black Widow.
Bercerita lebih lanjut mengenai proses dan juga dugaan apabila menjalani uji bakat, Scarlett berkongsi yang dia banyak belajar dari perkara tersebut.
“Kalau ada yang bertanya apa nasihat saya boleh berikan kepada pelakon yang baru mahu mencuba nasib dalam bidang ini. Saya akan katakan kepada mereka yang setiap peluang adalah peluang untuk bekerja. Tiada panggilan yang lebih baik dari panggilan yang pada mulanya anda menyangkakan sudah hilang pekerjaan itu namun mendapatnya kembali. Saya sangat teruja kerana peluang kedua tersebut,” ucapnya berkongsi nasihat.
Sekeping foto yang dimuat naik pelakon, Faezah Elai mendapat perhatian warganet.
Merakam gambar secara ‘selfie’ sambil mengenakan helmet, Faezah memberitahu dia mengambil anaknya dari sekolah hari ini menggunakan motorsikal bagi mengelakkan kesesakan.
Secara seloroh, Faezah turut memberitahu urat halis yang kelihatan di bahagian dahinya adalah kesan daripada pemakaian helmet.
“Hari ni start sekolah 4,5,6 maka bapak tok nek segala jem lah.. mak pak yg jenih selfish berenti kereta depan sekolah tunggu anak, paihtu kereta lain tk boleh lalu. So kita merempit ja lah amik anak sekolah!
“Nampak garis2 kt dahi tu? Tu bukan rambut, tu garis bekaih kena helmet, payah nk celuih masuk kepala sbb ada sanggoi.. maklumlah drp start pakai tudung tahun 2015 sampai lani 6 tahun dh, tkdan nk pi saloon potong rambut.. cheq lah repunzel mesia!,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut menitipkan ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia yang diraikan hari ini.
“I spend most of my time with my children. And I believe most of the women will do the same. Happy women’s day to all ladies in the world #happywomensday #feelingblessed #alhamdulillah#faezahelai #lovelovelove,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut meninggalkan reaksi pelbagai dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian yang dibuat isteri kepada pengarah, Heykal Hanifah itu.
Foto: Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Abby Abadi mengumumkan berita gembira apabila dia baru sahaja selesai membantu kes pengambilan anak angkat yang dikenali sebagai Baby R.
Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga turut memaklumkan telah selesai beberapa prosedur pengambilan anak angkat seperti pendaftaran dan mengangkat sumpah.
“Alhamdullillah Selesai dah urusan Baby R harini Syukur ALLAH permudahkan . Semalam ibu ayahnya minta tlg…
“Semalam juga Mama Yebby Carikan ibu ayah angkatnya Hari ni selesai pendaftaran Dengan angkat sumpah Sekali semua…
“SYUKURRRRRRR Semoga ALLAH redha Ps: Kalau dekat & kita free mmg kita tolong.. tp kalau jauh kena urus sendiri la ye.., tulis Abby.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...