Pelakon, Datin Almy Nadia meluahkan rasa terharu dan syukur atas sikap suami, Datuk Fizz Fairuz yang setia di sisinya sepanjang proses bersalin cahaya mata keempat mereka.
Kongsi Almy di Instagram, dia menyifatkan Fizz sebagai suami yang baik kerana banyak membantu dirinya sepanjang fasa kehamilan.
Malah jelasnya lagi, komitmen itu sudah dilakukan sejak melahirkan cahaya mata yang pertama.
“Sayang @fizzfairuzofficial terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak kita dari anak pertama sampai keempat.
Ads
“Sayang sentiasa ada dengan mama dalam bilik bersalin, dari check in sampailah beranak settle, sayang tetap ada di sisi mama.
“Terima kasih sayang sebab teman mama dalam bilik bersalin, sambil urut kaki sampai tutup muka ngan mask sebab dah ngantok, Thank you love,” tulisnya.
Sekadar informasi, Almy mendirikan rumah tangga bersama Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin pada 26 April 2014.
Ads
Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Imran Ajmain mengakui waktunya selama dua tahun ini seakan dirompak dek kerana fasa pendamik ekoran penularan Covid-19.
Menurut Imran, segala perancangan melibatkan kerjaya seninya seperti promosi lagu serta konsert jelajah telah terganggu sepanjang tempoh yang mencabar ini.
“Tak mungkin ada sesiapa boleh kata mereka tidak dirompak masa dan usia selama dua tahun lebih sudah ini. Lagi-lagi mereka dalam kesusahan atau jatuh susah disebabkan pandemik ini.
“Susah lagi untuk artis mengaku tidak terjejas memandangkan selama ini content ceria memanjang show sana sini.
“Bila lagu “Intan Dan Perak” saya keluar bulan 3 tahun 2019, kemudian dirakam MV, kemudian bercita-cita tinggi nak ulangi persembahan jelalah seperti dulu — “100 Days Acoustic Tour” (2011), “Setulus Kasih Tour” (2015), dan anjur konsert lagi seperti “10 Tahun Pertama” (2018).
“Namun, ditunda dari bulan ke bulan hingga sudah. Lalu, dibatalkan terus dengan ketibaan Cik Corona,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram.
Enggan mengalah, penyanyi lagu, Seribu Tahun ini bertekad untuk bangkit semula menyusun perjalanan seninya kembali.
“Pros: Streaming naik, views naik, virtual shows bermula. Cons: Tidak dapat buat promosi seperti dulu, shows dibatal, penaja juga lingkup.
“Saya rasa sudah sampailah masanya pemuzik seperti saya bangkit semula; buat lagu baru, keluar content baru, aktif seperti dulu lagi.
“Lagi-lagi lihat orang lain masuk pertandingan, keluar lagu baru, mula buat show sini sana. Tapi cakap senang, nak buatnya susah…yang teramat.
“Jadi apa saya nak buat? Saya nak claim balik lah dua tahun yang sudah ni. Promote balik lagu lama tu yang tak tercapai nak promote dulu. Nyanyi balik lagu ini di show-show saya yang sekarang ni,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia kini sedang sedaya untuk kembali berdisiplin demi kelancaran misinya itu.
“Buat content balik yang tak buat dulu. Boleh ke? Passion ada. Niat ada. Disiplin kena cari dulu. InsyaAllah saya cuba lah. Baru lah nanti dapat ilham berkarya lagi.
“‘Selamat Ulang Tahun Sayang’ dah cecah lebih 1,000,000 streaming di Spotify. Hasil dari orang semua bosan work-from-home di rumah.
“Ada nampaklah hikmah disebalik detik-detik gelap tu. Next, lagu mana? Stream “Intan Dan Perak”. MV coming soon,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan turut tidak sabar untuk melihat Imran kembali aktif menyanyi.
Dalam perkembangan lain, Imran memaklumkan dia bakal melancarkan muzik video lagu terbarunya yang berjudul Intan Dan Perak dalam masa yang terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Imran Ajmain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!