“Sayang Suamiku Dunia Akhirat,”- Perniagaan Genap Setahun, Beby Maembong Terima Kejutan Kereta Mewah Dari Suami, Kelasnya!

Share

Usahawan produk kecantikan Beby Maembong telah berkongsi berita gembira di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Mana tidaknya, Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail telah menerima kejutan istimewa daripada suami tercinta, Nazri iaitu sebuah kereta mewah berwarna merah hati. 

“[SUAMIKU DUNIA AKHIRAT] Allahuakbar…. Syukur alhamdulillah dapat suprise hadiah range rover evoque dari suami tercinta.

Hanya Allah je yg tahu perasaan saya.. Menangis sedih tapi gembira.. Allahuakbar… Genap setahun kami usaha mengubah kehidupan kami.. Naikan business sama2.. Kami hiraukan kata kata orang.. Pekak kan telinga walaupun banyak hina hinaan yg kami terima.. Kami butakan mata walaupun banyak fitnah dan anaiya terhadap kami.. Satu je saya pegang dan selalu berpesan

“MAAFKAN MEREKA YG MENYAKITI KAMU, ALLAH HAD A BETTER PLAN FOR YOU”.

Saya jadi kuat untuk teruskan perjuangan hidup saya kerana saya mempunyainya suami yg sentiasa sokong dan pimpin saya untuk berjaya. Thank you so much @nazry_84. Malam tadi saya betul2 tersentuh dengan suprise dari suami… Xberhenti menangis,” tulisnya.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Emma Maembong ini juga turut berkongsi kisah silamnya apabila mereka perlu mengahringi liku-liku kehidupan.

“Dari tahun 2017 kami tak punya apa apa.. Kereta kena tarik, rumah kena halau, makan xde duit ? beli susu x mampu.. Anak menangis kelaparan, phone bill kena potong sampai berbulan. Allahuakbar… Genap setahun.. Semuanya berubah… Rezeki allah luas.

Dan selama kami di tindas. 1 je saya pegang… Kita xperlu nak balas.. Xperlu nak buktikan apa apa… Sebab kebenaran akan datang dengan sendiri.. Kifarah allah adalah benar.

Alhamdulillah… Terima kasih suami ku..

By the way.. Bukan birthday saya tau… Bday saya 16may.. Tapi ni hadiah anniversaries SlimDollz Beauty setahun,” tulisnya lagi.  

Menjengah di Instagram Nazri pula, dia turut turut memberi ucapan sweet dan kata-kata semangat buat isterinya itu.

“You deserve it sayang! Kau memang wanita yg kuat semangat, berimpian tinggi, sgt positif dan yg paling rare, sgt2 penyabar orangnya walaupun byk kali teraniaya.. aku akan ada bersama kau..kita fight!!! Habis2 habisan…kita buktikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk rekod, Beby merupakan model dan usahawan dalam perniagaan kecantikan iaitu Slimdollz dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Foto : IG Beby Maembong, Nazri

 

Published by
Amynur Akmal