Ketika ini, jumlah kematian akibat serangan jantung dalam kalangan usia muda sangat membimbangkan.  

Memetik laporan akhbar Harian Metro, Laporan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2020 pula mendedahkan, serangan jantung kekal menjadi penyebab utama kematian di negara ini yang merekodkan 16,325 kematian atau 15.0 peratus daripada jumlah kematian disahkan secara perubatan pada 2019.  

Malah, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut melaporkan, 17.9 juta penduduk dunia meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular iaitu serangan jantung dan angin ahmar.  

Lantaran itu, rakyat Malaysia ketika ini harus cakna bahawa serangan jantung bukan sahaja kerap berlaku pada orang tua tetapi golongan muda juga tidak terkecuali.  

Di sini MH ingin kongsikan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh pakar untuk mengelak daripada terkena serangan jantung;  

  1. SenamanSayangi Diri Anda, Wajib Cuba 4 Perkara Ini Untuk Elak Risiko Sakit Jantung!

Kredit foto: Andrea Piacquadio/Pexels.com

Senaman merupakan antara aktiviti boleh menyihatkan tubuh selain dapat meningkat kekuatan fizikal dan mental.  

Menurut laporan Berita Harian, Doktor Pelatih Pakar Rehabilitasi dan Pemulihan, Dr Shaiful Aizad Shafie berkata, senaman intensiti sederhana dan intensiti berat terbukti memberi kesan positif kepada jantung.  

Ia dapat melancarkan peredaran darah daripada jantung ke seluruh badan, mengurangkan tekanan darah dan menguatkan otot jantung.  

Katanya lagi, kajian mendapati, senaman mengurangkan 21 peratus risiko dapat penyakit jantung bagi lelaki dan wanita (29 peratus), selain mengurangkan kadar kematian (25 peratus).  

Antara senaman yang baik untuk jantung adalah senam aerobik, senaman kekuatan otot dan senaman regangan, fleksibiliti dan keseimbangan.  

2. Pengambilan Makanan Sihat  

Ads

Sayangi Diri Anda, Wajib Cuba 4 Perkara Ini Untuk Elak Risiko Sakit Jantung!

Kredit foto: Ella Olsson/pexels.com

Selain mengamalkan rutin senaman yang konsisten, pemakanan yang tidak terkawal turut menyumbang kepada serangan jantung.  

Seperti semua sedia maklum, serangan jantung terjadi disebabkan koronari arteri atau saluran utama yang membekalkan darah ke jantung tersumbat berpunca daripada darah beku.  

Darah beku pula terjadi disebabkan kadar kolestrol jahat atau lebih dikenali kolestrol lipoprotein berketupatan rendah (LDL). Ia merupakan kunci kepada serangan jantung.  

Antara makanan sihat yang boleh diamalkan adalah buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, minyak berasaskan tumbuhan dan produk tenusu rendah lemak.  

3. Pengambilan Supplement  

Sayangi Diri Anda, Wajib Cuba 4 Perkara Ini Untuk Elak Risiko Sakit Jantung!Kredit Foto: Karolina Kaboompics/pexels.com
Selain pemakanan sihat dan rutin senaman yang konsisten, pengambilan supplement juga boleh membantu untuk menguatkan jantung terutamanya supplement yang mengandungi Coenzyme Q10 (CoQ10).  

CoQ10 adalah antioksidan yang terdapat pada hampir setiap sel di dalam tubuh manusia. Selain bertindak sebagai antioksidan, CoQ10 dapat melindungi tubuh anda daripada kerosakan molekul jahat. 

Antioksidan CoQ10 sebenarnya ada pada makanan, seperti daging, ikan, dan kekacang. Namun, jumlah CoQ10 dalam sumber makanan ini, bagaimanapun, tidak cukup untuk meningkatkan kadar CoQ10 secara signifikan dalam tubuh anda.  

Ads

Disebabkan itu, anda perlu mendapatkannya daripada supplement.   

Selain itu, makanan tambahan yang kaya dengan Omega-3 juga mampu mengurangkan risiko serangan jantung. Omega-3 ini boleh didapati menerusi supplement yang mengandungi minyak ikan.  

Omega 3 juga turut dikenali sebagai acid ekosapentaenoik (DHA) dan asid ekosapentatonik dengan jumlah dos masing-masing lebih kurang 180mg dan 120mg.  

Jelas bahawa minyak ikan yang digunakan dalam dos secara klinikal mengurangkan trigliserida tinggi.  

Selain mengurangkan trigliserida, Omega 3 jua mampu menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.  

4. Jalani Gaya Hidup Sihat  

Sayangi Diri Anda, Wajib Cuba 4 Perkara Ini Untuk Elak Risiko Sakit Jantung!

Ads

Kredit foto: Basil MK/ pixels.com

Dalam pada itu, gaya hidup sihat juga amat penting bagi mengurangkan risiko serangan jantung. Penyakit ini lebih mudah menyerang mereka yang merokok, tidak aktif bersenam dan pengambilan alkohol yang berlebihan.  

Oleh itu, anda disarankan untuk menjalani rutin harian yang sihat seperti bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti kecil seperti berjalan kaki juga punyai banyak manfaat daripada berdiam diri sahaja.  

Hari Jantung Sedunia

Sayangi Diri Anda, Wajib Cuba 4 Perkara Ini Untuk Elak Risiko Sakit Jantung!

Lantaran itu, bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, rangkaian supplement kesihatan, Blackmores bakal bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk mengadakan kempen kesedaran tentang risiko penyakit jantung.  

Program ini bakal berlangsung di Aeon Mall, Shah Alam pada 24 sehingga 29 September ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.  

Blackmores yang juga merupakan penaja platinum Hari Jantung Sedunia bakal membuka booth untuk menyampai kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit jantung.  

Malah, anda juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan, percubaan produk secara percuma dan macam-macam lagi.  

Dalam pada itu, anda juga boleh dapatkan produk Blackmores secara atas talian menerusi platform rasmi di aplikasi Lazada dan Shopee.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Kredit Foto: freestocks.org/pexels.com,

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI