Tidak dinafikan, untuk mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan satu perkara yang mudah.
Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan mengakui adakalanya gemar memarahi anaknya oleh kerana sering berasa tertekan dengan kesibukan tugas harian
Sebaliknya, Saharul berpendapat sebagai ibu bapa harus memupuk rasa kasih sayang terhadap kepada anak dengan meluangkan masa dan memberikan sepenuh perhatian.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan kemarahan kepada anak.
“Selamat pagi anak Baba. Sorry marah2 Ali
Ads
Kesian Ali, minggu lepas selalu dia kena marah dengan Baba. Kadang2 sebab kita stress and busy dengan sesuatu benda, kita tak perasan terlepas marah tu dekat anak.
“Anak datang nak main, kita cakap, Nantiii! Jangan kacau! Dah anak merajuk dengan kita barulah terkial2 nak datang peluk
“Kawan kawan, agak2 kita ni selalu marah anak or isteri kita, cepat2 lah kita mintak maaf, peluk orang yang kita sayang.
Ads
“Tanpa doa dari dorang ni kan, mungkin itu pun akan sekat sesetengah rezeki kita.
“Ali nangis sampai sedu2 kadang2 bila kena marah, sudahnya Baba pulak berair mata bila tengok anak tak sihat lepas tu. Sayang family kita, baru Allah sayang kita,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Lalu, perkongsian yang dibuatnya turut disambut baik peminat dan rata-ratanya memberi reaksi positif.
Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 8 bulan.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian terbaru Fedtri Yahya cukup meruntun hati.
Seorang wanita mualaf mendakwa dirinya telah diceraikan suami akibat perbuatan ibu mertua yang memporak-perandakan rumah tangganya.
Tulisnya, suami berlaku curang sewaktu mereka tinggal berasingan. Malah, selepas habis belajar, lelaki itu terus menceraikan isterinya atas alasan terlalu sayangkan teman wanita.
Lebih malang, ibu mertuanya dikatakan sanggup menipu demi kebahagiaan anak sendiri.
“Ini pula derita seorang wanita mualaf yang menjadi mangsa kezaliman suami & ibu mentua.
“Sebenarnya banyak kes, di sebalik kejahatan anak lelaki, ada peranan ibu mentua yang tak kurang hebat dalam memporakperandakan kebahagiaan insan lain.
“Berdasarkan pelbagai luahan yang diterima, hubungan wanita sesama wanita sering tegang, berkonflik, emosi, dendam dll. ( merujuk hubungan menantu wanita – mentua atau ipar duai ),” tulisnya.
Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.
Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami olAeh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.
Rasa Resah, Mudah Marah Simptom Awal Gangguan Hormon.
Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.
Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.
“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.
“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.
“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.
Wanita Jangan Ambil Mudah Masalah Hormon! – ELLA
Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.
“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.
“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Konsisten ‘Kunci’ Utama, Transformasi Ella Hanya Ambil Masa Tiga Bulan Sahaja
Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.
“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.
“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.
Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.
Sekadar info, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa akui mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk menceritakan kisah pergolakan rumah tangganya kepada umum di dalam filem dokumentari ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
Menurut Rossa, sekarang merupakan waktu yang terbaik untuk merungkai segala persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya.
“Saya merasakan ini waktu yang tepat dan semuanya sudah dalam keadaan yang baik-baik. Tidak akan ada lagi fitnah dan pihak-pihak yang akan berasa rugi.
“Seperti yang diceritakan di dalam filem, anak saya seperti belum berdamai dengan keadaan dan perasaannya. Namun, sejak akhir-akhir ini, semua sudah baik-baik sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Hey Ladies ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’ yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya lagi, hubungannya bersama bekas suami yang juga merupakan pemain drum kumpulan Padi, Surendro Prasetyo itu kini semakin akrab dan mereka mahu sama-sama membesarkan anak, Rizky Langit Ramadan dengan baik.
“Penceraian kami sudah lama berlaku. Kini saya faham, ada pasangan yang sesuai sebagai suami isteri dan ada juga yang hubungannya tidak berpanjangan.
“Saya bukan nak kata perceraian itu satu hal yang baik tapi bagi saya, ia merupakan salah satu jalan keluar daripada hal yang lebih buruk.
“Pada saya, untuk menukar perasaan cinta itu tidaklah sulit. Namun, setiap orang ada cara yang berbeza.
“Saya dan Yoyo kini sudah seperti abang dan adik. Tanggungjawab sebagai ibu bapa tetap ada. Kami sentiasa menyokong kerjaya dan kehidupan peribadi masing-masing,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada anaknya itu pernah meluahkan hasrat untuk melihat Rossa dan bekas suami kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, wanita anggun itu menjawab ringkas.
“Tidak. Justeru, jika ditanya kepada Rizky, dia lebih suka dengan keadaan sekarang. Dia senang melihat saya bahagia seperti ini,” jawabnya.
Sementara itu, Rossa turut mengakui bukan mudah buat dirinya untuk kembali bangkit selepas perceraian dengan bekas suami pada tahun 2009.
“Setiap daripada kita mempunyai takdir yang berbeza. Walau apapun, kita tetap harus bersyukur dan untuk mengharunginya adalah pilihan kita.
“Kita boleh sahaja menangis dan berhenti berjalan tapi itu tidak membawa kebaikan. Pada saya, wanita ini dikurniakan pelbagai kelebihan. Kita mampu buat pelbagai perkara dalam satu masa.
“Jadi, sewajarnya kita harus bangkit dan bekerja buat diri sendiri serta memberikan manfaat buat keluarga,” akhirinya.
Terdahulu, filem dokumentari Rossa ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Oktober ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Rossa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Hollywood, Penn Badgley mengejutkan peminat apabila mendedahkan amalan hariannya yang tidak dijangka iaitu membaca al-Quran setiap malam sebagai bentuk meditasi.Menerusi wawancara bersama...