Bersempena dengan ulang tahun kelahiran pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang juga merupakan ketua juri bagi program Gegar Vaganza 6 (GV6), penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cukup sporting menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu.

Dinyanyikan secara langsung, Ramli turut diraikan dengan sebiji kek yang ditempah khas.

Genap 60 tahun pada Ahad, Ramli yang mesra disapa Tok Ram secara ringkas berterima kasih buat semua yang memberikan dedikasi ulang tahun buatnya.

“Terima kasih atas ucapan dan doa semua. Saya sangat hargainya,” katanya ringkas kepada MH.

Ads

Malah, aksi spontan dua hos GV6, Nabil Ahmad dan Jihan Muse cukup mencuit hati. Nabil sempat mencium bibir dan memeluk pengarah muzik itu sebagai tanda meraikan.

“Selamat hari jadi Tok… Moga panjang umur, murah rezeki dan semoga bahagia kekal abadi,” ucap Nabil.

Ads

Sementara itu awal semalam, Alyah turut berkongsi satu entri di Instagram, mengirimkan doa serta ingatan yang tidak pernah putus buat suami tersayang.

“Hanya doa yg mampu saya hadiahkan. Dan doa saya tidak pernah putus…buat kamu. Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh,” tulis Alyah.

Ads

Sekadar mengimbas, pasangan itu mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013 di Indonesia.

https://www.instagram.com/p/B4-7tSeJxJm/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI