“Sayu Je Tengok Anak Tidur, Hisap Nenen,”- Sudah 15 Hari Bergelar Ibu, Ika Nabella Gembira Besarkan Anak Sulung

Share

Sudah bergelar ibu pada hari ke-15 (hari ini), pelakon Ika Nabella bersyukur akan kehadiran cahaya mata sulung yang telah dinanti-nantikan sejak tiga tahun lalu.

 Malah, bintang drama Patah Sayap Bertongkat Paruh itu teruja apabila melalui detik-detik terindah menjaga dan membesarkan anaknya. 

“Nak tanya. Normal ke Mommy dlm bilik, anak kt hall, Mommy rindu, sebak & sayu ?

Sayuuu je tgk anak tido, anak hisap nenen, anak mimpi senyum2, anak sebek.

“Lagi2 bila anak tgk I haha I tahu dia tak nampak I lagi tapi bila dia tgk I tu I rasa indirectly dia tgh bagitau “Mommy, you cantik tapi diet please untuk Ayah”. jujur je,” tulisnya. 

 Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Oktober lalu. 

Sehingga kini, pasangan itu masih belum mendedahkan wajah penuh dan nama anak mereka. 

Foto : Instagram Ika Nabella

Published by
MH