Pelakon Rita Rudaini menyatakan rasa syahdu apabila melihat anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna membesar depan mata.
Malah, bintang ini turut memuat naik dua foto terkini dan foto ketika kedua-duanya masih kecil.
Ibu tunggal ini berjanji akan mendidik dan membesarkan amanah yang dikurniakan Allah SWT sebaik mungkin.
“Sayu plak tgk depa cpt besaq….mommy slagi daya akan didik n besar kn ryan n arjuna dgn sebaik mungkin….krn kamu adalah amanah dr ALLAH ….terus brdoa,” luahnya.
Netizen turut berkongsi rasa sebak memandangkan kedua-duanya dibesarkan tanpa bapa di sisi dan menyifatkan hanya golongan ibu yang memahami apa yang dirasai pelakon itu.
Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Arjuna, yang kini dibawah jagaan Rita.
Foto : Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Hari Turun Niaga Jam 11.30 Pagi Hingga 6.30 Petang, – Amir Raja Lawak Cari Rezeki Jual Air, Tak Kisah Orang Anggap Apa Pun
Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak berkongsi rutin terbarunya kini dengan mengusahakan perniagaan air minuman di Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Bintang berusia 32 tahun tidak kisah bersengkang mata, demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuat kuasakan.
Menurut Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian meski keuntungan diperoleh tidak banyak.
“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.
“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.
“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Pelakon drama Man Transform itu juga mengakui terharu apabila mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai.
“Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.
“Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun.
“Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya lagi.
Sementara itu Amir menambah, seperti kebanyakan awam lain, dia juga turut terkesan dari segi pendapatan apabila banyak aktiviti seni tergendala.
“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.
“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.
“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Mudah Melatah, MUA Bella Tenang Hadapi Komen ‘Negatif’ Netizen
Isi Kandungan
ToggleGood job Bellaz! Salah satu ciri orang berjaya ialah tenang hadapi perkara negatif dan tidak mudah melenting. Anak kelahiran Kedah ini juga telah buktikan dia memiliki kekuatan mental untuk hadapi cabaran sebagai ahli perniagaan yang juga influencer. Tahniah!
Sentiasa berpijak di bumi nyata dan tidak terleka dibuai pujian peminat, Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini tidak pernah melupakan asal usul dirinya sebagai anak seorang nelayan.
Terbuka berkongsi kehidupan miskin dengan jutaan followers, Bellaz juga sering mengimbas kembali momen sebelum berjaya agar tidak hanyut dengan kesenangan yang dinikmatinya hari ini.
Tak Mudah Melatah, MUA Bella Tenang Terima Komen ‘Negatif’ Netizen
Pada hujung Disember 2022, Bellaz sekali lagi diuji apabila video live tutorial mekapnya terima komen negatif penonton yang mengkritik keadaan kulit wajah Bellaz yang berjerawat.
Tidak melenting dengan pandangan individu tersebut, Bellaz sebaliknya membalas dengan profesional dan senyuman.
Dengan ringkas, Bellaz hanya menulis kapsyen di video singkat miliknya sambil menunjukkan wajah polos tanpa secalit mekap, ‘Just the way you are.’
“Jadi diri sendiri. Ya is that me. Tak flawless tapi bila makeup dia naiklah sedikit level confident tu. Nak banding skin dulu dengan sekarang, sekarang ni 100 kali syukur alhamdulillah berbanding skin dulu.
“Selalu bubuh gambar segak ja. Sekali-sekala kena bubuh muka tak segak sama. Lens kena pakai juga sebab tak nampak power 300 dah mata,” kongsinya.
Lumrah bagi setiap wanita pasti akan berdepan masalah kulit berjerawat. Terutamanya apabila tiba waktu menstrual. Normal lah tu!
Tak Pernah Lokek ‘Kongsi’ Ilmu Tatarias Kembangkan Empayar Mua Bellaz
Kian sukses mengemudi empayar Muabellaz, ibu jelita ini turut dilihat rancak mengadakan kelas solekan termasuk di Putrajaya pada Disember lepas. Ramai peserta yang datang nak timba ilmu dengan Bellaz.
“Alhamdulillah dalam student Bellaz ni ada yang datang dari Washington. Ada dari Terengganu, Penang dan Johor. MashaAllah terima kasih mai jauh-jauh. Terharu tak tahu nak habaq. Next inshaAllah semua negeri Bellaz pergi,” Ujarnya.
Sekadar recap, 11 tahun menyulam cinta dan mengemudi bahtera perkahwinan bersama suami tercinta yang digelar sebagai Mat Nuart, perkahwinan lebih sedekad pasangan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran empat orang cahaya mata.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Mua Bellaz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Sekadar Lagu Nasyid, Tetapi…,” – AWLA Lancar Lagu Ulul Azmi, Durasinya 10 Minit!
Kumpulan nasyid AWLA kini tampil dengan single terbaharu yang disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa apabila berani menampilkan lagu dalam durasi hampir 10 minit menerusi karya berjudul Ulul Azmi.
Lebih menarik, lagu berkenaan adalah hasil kerjasama AWLA bersama penerbit muzik terkenal, Jenny Chin.
AWLA merupakan gabungan dua kumpulan nasyid iaitu Saujana yang terdiri daripada Suffian, Azalinor, Zuhaidi manakala Azahari dan Idzhar pula daripada kumpulan Nowseeheart.
Azalinor berkata, Ulul Azmi mempunyai elemen yang memikat kerana gabungan muziknya yang ala orkestra filem, serta menekankan kesinambungan muzik dan lirik daripada nabi-nabi terdahulu hingga ke nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW.
“Ulul Azmi bukan sekadar sebuah lagu nasyid, tetapi ia juga sebuah perjalanan rohani dan emosi. Dengan melodi yang memukau dan lirik yang mendalam, lagu ini bercerita tentang kekuatan dan ketabahan rasul-rasul besar dalam sejarah.
“Malah kami turut terharu apabila lagu ini menarik perhatian penggiat muzik termasuk Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, dan komposer lagu Mohariz Yaakup yang berpendapat lagu ini sebagai tanda aras baru dalam industri muzik Malaysia khususnya nasyid.
“Kami juga gembira apabila susunan muzik dan vocal dalam lagu ini juga mendapat pujian daripada penerbit lagu, Azlan Abu Hassan dan Damian Mikhail,” katanya.
Lagu ini dicipta dan ditulis oleh AWLA dan Wan Saleh, dengan Jenny Chin sebagai penerbit dan penyusun muzik serta vokal.
Selain mereka, turut terlibat dalam produksi ini ialah Steve Thornton (alat perkusi), Wan Gigi (gitar), JadLobo (susunan vokal), Ershad Mohd Azlan (cello solo), serta Fung Chern Hwei (viola solo). Strings orkestra pula telah dirakam oleh The Beijing International Master Philharmonic.
Ia turut disokong oleh Kementerian Komunikasi serta Kumpulan MyCreative Ventures, selari dengan prinsip-prinsip dalam Rukun Madani yang menekankan sifat ihsan, kemampanan, dan keyakinan yang boleh kita pelajari dari kisah-kisah Rasul Ulul Azmi.
“Bekerja dengan Jenny Chin untuk Ulul Azmi adalah pengalaman yang sangat berharga. Ini projek nasyid yang saya paling suka selepas lebih 27 tahun dalam industri nasyid,” tambah Azahari.
“Saya suka idea Jenny yang mengadunkan muzik ala Disney dengan sentuhan Timur Tengah. Ia sesuai dengan latar belakang zaman dan tempat kelahiran nabi yang diceritakan dalam lagu,” kata Zuhaidi.
Sementara itu, Jenny berkata, Ulul Azmi adalah kolaborasi yang beliau tidak mampu tolak kerana mempunyai nilai yang istimewa dan tersendiri.
“2024 adalah tahun ke-40 saya dalam muzik dan saya sangat gembira dapat melahirkan Ulul Azmi bersama AWLA. Kebetulan, saya baru sahaja menjalani umrah pertama saya awal tahun ini. Ia adalah perjalanan kerohanian yang sangat istimewa,” katanya.
Untuk rekod, AWLA mula berkolaborasi dalam lagu dan persembahan sejak 2019, dengan matlamat bersama-sama untuk mencipta sesuatu yang berbeza dari lagu-lagu asal Saujana dan Nowseeheart.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI