Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah menyalurkan bantuan daging mentah dan buah-buahan sebagai sumber makanan bagi haiwan di Zoo Negara.
Seperti yang sedia maklum, Zoo Negara mengalami kekurangan dana wang ringgit untuk menyediakan sumber dan penyelenggaraan di zoo tersebut.
Berasa sedih dan simpati dengan haiwan yang ada di Zoo Negara, Ebit telah menyalurkan sebanyak 200kg daging mentah dan 500kg buah-buahan serta sayuran.
“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo.
“Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal pkp. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi.
“Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran. Harimau saya bagi makan ni sakit. Diasingkan sekejap.
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini.
“Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara-ebitlew,” tulisnya.
Zoo Negara di antara salah satu sektor perlancongan yang terjejas selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, pada Mac lalu.
Foto: Instagram Ustaz Ebit Lew