Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mendedahkan dirinya telah menerima panggilan palsu daripada dua individu yang menyamar sebagai operator sebuah syarikat servis kurier.
Menurut Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, pemanggil palsu itu dikatakan telah meminta dirinya untuk menuntut parcel yang telah dibiarkan terlalu lama.
“Scammer nama Farhan. Hari baik bulan baik korang buat hal kan. Janganlah nak buat duit dengan nak scamming orang. Penat je korang puasa.
“Harini dapat satu call dari nombor yang tak dikenali (mengaku dari JNT Kedah) katanya dari operator JNT dimana saya ada satu parcel tak dituntut. Scammer pertama perempuan, dia buat pengesahan diri dan minta butiran saya.
“Selepas tu dia beritahu akan sambungkan talian kepada pegawai lain yang akan uruskan penghantaran saya sebab parcel yang tidak dituntut terlalu lama,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Era itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Tambah Radin yang juga merupakan pemilik sebuah francais syarikat kurier itu lagi, dia turut didakwa menghantar parcel berisi barangan larangan seperti kad kredit, kad pengenalan dan dokumen peribadi.
Malah, dia juga diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis berhampiran untuk membuat pengesahan.
“Scammer kedua, Farhan. Yakin yang saya duduk Kedah dan memberitahu saya ada parcel yang saya hantar ke pemilik berbangsa Cina (kad kredit, kad pengenalan dan dokumen peribadi dalam kuantiti yang banyak) untuk tampil ke IPK untuk buat laporan.
“Selama saya bersama rakan kongsi @jntdenaialam, tak tahu pulak kami ini salah satu dari SOP JNT. Kalau nak jadi scammer, berakal la sikit Farhan oi,” kongsinya lagi.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Radin dilihat secara bersahaja melayan panggilan palsu tersebut sehingga membuatkan operator berkenaan hilang sabar seterusnya menghemburkan kata-kata kesat sebelum mematikan panggilan.
Ads
“Malas nak type panjang-panjang, korang layanlah conversation ni sampai dia pula marah,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur dengan perkongsikan tersebut selain turut mengecam tindakan pemanggil palsu tersebut.
“Nombor IC hujung pun 4. Nombor genap tu untuk perempuan lah mangkuk,” komen pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj. Nawawi.
“Berani dia nak scam awak. Dia tak tahu ke awak ni siapa,” balas pengacara, Nabil Ahmad.
Ads
“Padan muka kau scammer,” kata penyampai radio, Feeya Iskandar.
“Part last tu scammer penat membebel tapi tak dapat hasil,” komen seorang netizen.
“Sabar juga awak melayan lebih lima minit,” komen seorang lagi netizen.
Sehingga kini, video yang dikongsikan Radin itu telah pun meraih lebih 50 ribu jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson, Maslinda Yusof, 46, turut berkongsi rasa teruja apabila bakal timang cucu sulung tidak lama lagi.
Terdahulu, Zahirah dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza ada berkongsi khabar gembira apabila bakal bergelar ibu dan bapa selepas Zahirah mendedahkan dia kini hamil enam bulan.
Perkara tersebut dimaklumkan mereka di laman Instagram masing-masing menerusi satu foto imbasan kehamilan pada Selasa.
Usahawan sensasi Liana Rosli menjelaskan mungkin berlaku kekeliruan terhadap slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya, Faris Razman yang diumumkan pada 27 Mei lalu.
Liana atau lebih mesra disapa Kak KM sebelum ini berkongsi Faris berjaya meraih 6A dalam SPM lalu namun ada netizen mendakwa keputusannya berbeza iaitu 3A apabila ia disemak secara dalam talian.
Susulan itu, Kak KM mengambil keputusan untuk membuat semakan semula keputusan SPM anak lelakinya itu.
“Sebenarnya benda itu (isu keputusan SPM) tengah ada isu dan perkara itu masih belum selesai.
“Jadi sekarang tengah tunggu keputusan SPM yang sebenar dan baru kita akan umumkan. Tak boleh nak cakap apa-apa buat masa sekarang,” katanya.
Liana menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media Pesona Kebaya di Pavilion Damansara Heights pada Sabtu.
Liana bagaimanapun menjelaskan dia tidak bersedih dengan perkara tersebut, sebalik tetap berbangga dengan kecemerlangan Faris.
“Tak sedih pun sebab kami bukan menipu dan saya pun tak sebut apa-apa tentang isu diperkatakan.
“Kita tunggu dan lihat pada rezeki… Janji ada A dan B. Sebagai ibu saya tetap bangga dengan Faris.
“Tak kisahlah dia pandai atau bodoh, saya tetap berbangga dengannya sebab dia sudah buat yang terbaik,” jelasnya.
Mengulas mengenai kecaman dia memberi hadiah mewah kepada Faris, Liana menganggap itu adalah rezeki anaknya dan tiada siapa patut mempertikaikannya.
“Suka hatilah kita mampu! Saya pun tak minta duit orang lain atau menyusahkan sesiapa.
“Itu memang rezeki anak saya. Jangan kedekut dengan anak sebab sebagai ibu bapa pun kita menumpang rezeki mereka,” ujarnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semata-mata mahu memantau dan memberi sokongan buat anaknya, Ian Haziq Macquistan yang baru berkecimpung dalam lakonan, bintang senior, Jasmin Hamid sanggup luang waktu hadir ke lokasi penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh.
Jasmin mendedahkan perkara itu menerusi Instagram, lewat malam tadi.
Meski rasa malu kerana hadir ke penggambaran pelakon lain, namun kerana anak Jasmin sanggup lalukan apa saja demi kebaikan.
“Aturan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya..Adoii.. ada pulak PAPARAZZI kat set…Saya paling MALU nak datang SET ORANG LAIN tapi di sebabkan Big Boss, saya turutkan juga.
“Ibu SANGGUP DUDUK TEPI PARIT pun tak kisah la uols DEMI ANAK .. Kebetulan saya ada FREE TIME. Dapatlah saya PANTAU dan bagi SUPPORT pada Big Boss @ihmian berlakon,” tulis Jasmin.
Pada masa sama, dia juga berbuat demikian memandangkan anak terunanya itu pertama kali beraksi di hadapan lensa kamera.
“Ist time kan Big Boss berlakon…Kena pastikan Big Boss faham apa yang harus di buat mengikut kehendak skrip supaya tidak menyusahkan mereka yang terlibat dan dapat hasil yang terbaik.
“Lama-lama nanti, pasti Big Boss akan faham dan perbaiki setiap kesilapan dan kelemahan.. Buat permulaan ni, Big Boss harus kerja keras dulu.. Saya pulak yang nervous setiap kali Big Boss masuk set sebab nak pastikan Big Boss buat yang terbaik sebagai BUDAK BARU..
“Bukan senang nak jadi yang TERBAIK.. Harus usaha,rajin dan cekal.. Saya nak Big Boss jadi yang PELAKON TERBAIK atas usaha dia sendiri. Bukan sebab saya ibunya juga seorang pelakon.. Selebihnya semua datang dari ALLAH.. Hebat Bukan? ” kongsinya panjang lebar.
Li Si Xuan, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Shenzhen, didapati telah memalsukan kelayakan akademiknya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Hong Kong (HKU).Si...