Scarlett Johansson memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis dengan pertuduhan yang Disney telah melanggar kontrak dengan menayangkan filem lakonannya yang ditunggu-tunggu oleh peminat di saluran penstriman milik syarikat tersebut, Disney+.

Filem Black Widow yang disiarkan serentak tayangannya di laman penstriman dan pawagam itu dikatakan telah melanggar kontrak perjanjian yang dibuat terdahulu di antara bintang tersebut dan juga syarikat hiburan terbesar dunia itu. Menurut Scarlett, perjanjian yang dijanjikan pada permulaannya adalah filem tersebut hanya akan disiarkan di pawagam.

Scarlett Johansson Saman Disney Kerana Tayang Black Widow Di Dua Saluran Berbeza Serentak

Dalam pendakwaan tersebut lagi, ia menyatakan bahawa Scarlett sebelum ini telah bersetuju yang pendapatan yang diperolehi dari lakonannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow akan dibayar berdasarkan kejayaan dan prestasi kutipan filem tersebut di pawagam.

Filem tersebut dibuka dengan pendapatan USD80 juta pada minggu pertama tayangan tetapi mengalami penurunan mendadak 67% pada minggu kedua jika hendak dibandingkan dengan mana-mana dalam filem Marvel Cinematic Universe. Pihak pawagam kemudian mengkritik Disney, menyalahkan penyiaran hybrid di dua platform berbeza sebagai punca penurunan tersebut.

Ads

Scarlett Johansson Saman Disney Kerana Tayang Black Widow Di Dua Saluran Berbeza Serentak

National Association of Theatre Owners, yang mewakili sekitar 30,000 pawagam di AS, mengeluarkan siaran akhbar dengan mengatakan bahawa prestasi filem tersebut menunjukkan bahawa siaran filem secara eksklusif bermaksud lebih banyak pendapatan untuk semua pihak yang berkepentingan dalam setiap kitaran penghasilan filem.

Ads

Scarlett Johansson Saman Disney Kerana Tayang Black Widow Di Dua Saluran Berbeza Serentak

Pihak Disney kemudiannya memberi jawab balas dengan menyatakan tindakan pelakon tersebut sebagai tidak bermanfaat dan menganggap pendakwaan itu sebagai menyedihkan kerana tidak mengambil kira kesan global yang diakibatkan oleh pandemik Covid-19

Ads

“Disney telah sepenuhnya mematuhi kontrak Ms. Johansson, tambahan lagi penyiaran  filem tersebut di Disney+ dengan akses premier telah membolehkan dia untuk mendapat pendapatan tambahan selain USD20 juta yang dia terima setakat ini,” kata jurucakap Disney. kata dalam satu kenyataan.

P/S – Semoga Scarlett dan Disney menemui jalan penyelesaian terbaik dalam krisis ini.

Sumber: The Guardian, CNN, Bloomberg Business

Sumber gambar: Instagram scarlett.actress

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI