Drama bersiri Curi-Curi Cinta telah melabuhkan tirai pada hari Khamis lalu.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada menulis satu twit di akaun Twitter miliknya.
Menerusi twit tersebut, Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad telah berkongsi pengalaman dia melakonkan watak Iza dalam drama berkenaan.
Kongsi pelakon yang berusia 27 tahun itu, melakonkan babak rogol dalam drama tersebut adalah babak paling mencabar.
“Nasih baik terlepas daripada cengkaman Adli!! Kalau tak… Habis Iza….
“And honestly, scene rogol tu adalah scene paling mencabar sepanjang penggambaran
“Balik tu, still terketar2 tangan. #curicuricinta”tulisnya.
Di samping itu, peminat turut memuji lakonan Uyaina yang sangat berbakat.
Drama yang telah mendapat tempat di hati penonton itu dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
Foto : Instagram Uyaina Arshad