Baru-baru ini pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu ada memuat naik video terbaru di laman Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan Jep membuat perbandingan sepakan percuma siapa lebih cantik antara dirinya dan pemain bola sepak Pahang, Herold Goulon.

Jep berseloroh memberi tahu, terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mahu memilih anak tempatan atau pemain import untuk memenangi anugerah Puskas (gol paling cantik).

Ads

“Puskas! Terpulang pada korang nak anak tempatan atau pemain import yang menang nanti,” tulisnya.

Dalam satu perlawan persahabatan, Jep yang mewakili pasukan Super Lawak FC telah menjaringkan satu gol cantik menerusi sepakan percuma dari jarak lebih 30 ela.

Jaringan cantik tersebut nyata mengejutkan ramai pihak malah, turut mendapat pujian daripada pemain Harimau Malaya di bahagian komen.

Ads

Score Freekick Kelas Dunia, Jep Sepahtu Mahu Tandingi Herold Goulon? Dapat Pujian Dari Pemain Kebangsaan! Score Freekick Kelas Dunia, Jep Sepahtu Mahu Tandingi Herold Goulon? Dapat Pujian Dari Pemain Kebangsaan!

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perkongsian suami kepada, Sari Yanti itu.

Ads

Score Freekick Kelas Dunia, Jep Sepahtu Mahu Tandingi Herold Goulon? Dapat Pujian Dari Pemain Kebangsaan! Score Freekick Kelas Dunia, Jep Sepahtu Mahu Tandingi Herold Goulon? Dapat Pujian Dari Pemain Kebangsaan!

Buat pengetahuan, Puskas merupakan sebuah anugerah khas yang diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk memberi pengiktirafan kepada pemain professional yang telah menjaringkan gol yang cantik dan unik.

Terdahulu, pemain Pahang, Herold Goulon telah mengejutkan dunia apabila telah menjaringkan gol ‘luar biasa’ menerusi sepakan percuma dari jarak lebih 60 ela.

Gol cantik tersebut telah tular dan turut tersebar di media-media antarabangsa.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI