Disebalik memiliki personalti menarik serta rupa paras yang menawan, mungkin ramai diantara kita yang tidak mengetahui mengenai masalah saraf muka yang terpaksa ditanggung oleh kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong, Shikin Maembong sejak 12 tahun yang lalu.
Menurut Shikin, penyakit yang diberi nama Bell’s Palsy itu telah menyebabkan wajahnya kadang kala menjadi senget sebelah.
“‘Cantik macam ni mesti tak setia’. Biasa saya dengar. Saya kena Bell’s palsy 12 tahun yang lepas.
“Macam-macam treatment dah saya buat seperti ekupunture, berurut kampung, fisioterapi termasuk tendon transfer sugery untuk longgarkan muka saya yang tegang. Saya hanya sembuh ke tahap ini,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan oleh Shikin menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shikin turut mendedahkan dirinya sering kali menjadi mangsa ejekkan disebabkan penyakit yang dialaminya itu.
“Honestly, sekarang baru saya confident untuk cerita tentang Bell’s palsy saya. Sebelum ni, saya berdiam je even ada yang mengata dan kutuk saya.
Ads
“Tak kurang juga yang screenshot muka saya yang senget tu untuk dijadikan bahan ketawa. Tapi tak mengapa la, saya dah maafkan pun,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Shikin memaklumkan dirinya tidak pernah patah semangat sebaliknya percaya dirinya mampu sembuh seperti sedia kala.
“Sebab saya masih belum putus asa untuk ikhtiar sembuh sepenuhnya. Allah maha besar. Miracle can happen jika kita tidak lupakan Dia. Insyallah, doakan saya.
“Niat saya share video ni untuk tingkatkan lagi my confident untuk berhadapan dengan ramai orang, terutamanya bila berniaga @cekopishq dan untuk kongsi tentang Bells palsy awareness disamping support sahabat-sahabat yang senasib dengan saya. Love you guys,” akhirinya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut mengecam tindakan pihak yang mengata mengenai penyakit yang terpaksa ditanggung oleh Shikin itu.
“You’re beau my dear. Just be you and do you.
“Bell’s palsy pun cantik.
“Stay strong. Allah bersamamu.
Ads
“Be strong dear. Biarlah yang mengutuk tu. Nobody is perfect. Setidaknya kita happy dengan diri sendiri dan berani tampil walau tak perfect.
“Ignore the negative people,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Menerusi entri yang sama, Shikin turut berkongsi video yang memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan.
Sehingga kini, video berdurasi kurang seminit itu telah pun meraih hampir 60,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shikin Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas ‘Shadow’, ‘Sumpah’, dan ‘Semalam’, penyanyi yang kian meningkat naik namanya Aina Abdul kembali lagi dengan ‘Syahdu Di Pagi Syawal’.
Cumanya kali ini, Aina pertaruhkan lagu raya untuk semua para pendengar, dan pertama kali menghasilkannya.
Lagu berjudul ‘Syahdu Di Pagi Syawal’ itu menceritakan tentang seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu bapanya di pagi raya.
Bila difikir semula, ia boleh diekspresikan dengan situasi semasa di negara kita yang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khusus sebagai usaha dalam membasmi penularan Covid-19, si anak tidak dapat pulang ke kampung halaman demi keselamatan dan kesihatan orang tua.
Menariknya juga, Aina cuba untuk bermain dengan elemen tradisional seperti lenggok lagu dan alat-alat muzik yang digunakan dalam penghasilan lagu ini.
Aina tidak berseorangan kali ini kerana liriknya turut ditulis bersama Wan Zakaria. Melodi digubah oleh Aina sendiri dan susulan lagu diolah Encik Fairuz.
Dalam lagu ini Juga, Aiba menggunakan khidmat pemain seruling terkenal, Mohar.
Lagu ‘Syahdu Di Pagi Syawal’ telah pun berada di semua saluran digital seperti iTunes, Spotify, Joox, dan Youtube bermula 24 April 2020 lalu.
Muzik video lirik lagu berkenaan sudah ditonton lebih 50,000 kali selepas ia beberapa hari dikongsikan menerusi Youtube.
Bagi yang sudah mendengar, apa komen dan pendapat kalian?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid yang telah pun selamat bergelar suami kepada Nurulain dengan sekali lafaz pagi tadi.
Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 December 2018, hampir setahun lalu.
Difahamkan, majlis pernikahan ini hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat mempelai sahaja yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut.
Majlis bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya menyaksikan masing-masing memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 dengan Mas kawin sebanyak SGD300.00 bersama sebentuk cincin.
Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan dan dikendalikan oleh juru nikah iaitu Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya.
Sekadar mengimbas, Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang.
Majlis resepsi akan berlangsung esok, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
“Saya bersyukur kerana dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti.
“Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni,” kongsi Sufie.
Pada masa sama, dia turut memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.
Foto: Terima kasih Kelly Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Scha Elinnea terkilan dan menepis dakwaan yang kononnya dia turut terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan sehingga terpaksa membuat laporan polis demi membersihkan namanya.
Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 21, menjelaskan, laporan polis dibuat susulan tindakan sebuah blog yang menggunakan paparan skrin profil muka depan akaun Instagram dirinya sebagai gambar hiasan berhubung berita berkaitan isu skandal seks VIP.
Meski artikel berkenaan tidak menyebut nama dan foto dikaburkan, namun menurut Scha, ada netizen yang menyerangnya di media sosial dan membuat andaian sendiri.
“Laporan tersebut antara lain berkaitan dengan artikel yang tiada kena-mengena dan menggunakan foto saya hingga boleh menimbulkan fitnah.
“Jujurnya saya rasa malu hingga takut-takut untuk keluar ke lokasi penggambaran selepas tiba-tiba netizen hantar mesej dan serang saya dengan pelbagai caci maki.
“Ada yang cakap, inikah pelacur yang dimaksudkan hingga boleh bercuti sana-sini? Ia tidak benar sama sekali dan telahan mereka mengguris perasaan serta calarkan maruah, pihak pengurusan dan keluarga.
“Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara terbabit sehinggalah menerima teks serta tangkap layar artikel berkenaan selepas akses Instagram. Saya terkejut dan laporan tersebut saya buat demi menjaga nama baik,” katanya.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kuantan, Pahang pada Selasa dengan ditemani pembantunya.
Ditanya sama ada imej seksi yang dibawa turut menyebabkan namanya terpalit dengan dakwaan sedemikian, Scha menegaskan, seksi hanyalah penampilan.
“Mungkin ada yang beranggapan sedemikian, akan tetapi tidak semestinya imej yang dibawa seseorang itu boleh dikaitkan dengan kegiatan yang tidak bermoral.
“Namun saya bersyukur kerana ada juga peminat yang mengikuti saya sejak dulu tahu saya tidak terlibat dengan hal tidak sepatutnya.
“Mereka sedar, saya sejak sekian lama gigih cari duit, berlakon sana-sini demi nak bina nama dan kumpul aset.
“Jadi tidak adil kalau nak kaitkan imej seksi dengan hal yang tak senonoh memandangkan setakat ini, hubungan dengan produksi drama pun baik-baik sahaja. Mereka tidak menghakimi imej serta penampilan saya.
“Harap selepas ini, tiada lagi pihak atau netizen yang membuat telahan sendiri yang boleh timbulkan fitnah. Jangan senang-senang buat spekulasi sendiri hingga boleh jejaskan nama individu lain.
“Ia melibatkan maruah dan saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan lebih tegas selepas ini jika hal sama masih jadi lagi. Tiada maaf bagimu,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkahwinan Luna Maya dan Maxime Bouttier memukau pandangan ramai pihak. Selain kagum melihat kebahagiaan pasangan mempelai, setiap sudut perincian majlis bermula dari dekorasi, busana,...