Penyanyi kumpulan rock, Bumiputra Rockers yang terkenal di era 80an dan 90an, Joey BPR dilaporkan terlibat dalam kemalangan pada Khamis.
Perkara tersebut turut dikongsikan Johari atau nama penuhnya, Johari Mat Rozekhi di Facebook miliknya.
“Aku baru sahaja accident, depan Shell MRR2. Motor patah depan. Kini dalam kesakitan. Seandainya aku mati dulu, ampunkanlah segala dosaku.
“Harap maaf, ramai nak datang melawat. Tapi aku dalam keadaaan tak selesa. bagilah aku sedikit ruang. Tido pun x cukup ni. Menahan sakit
“X-ray tunjuk 4 batang tulang rusuk aku patah. Sama mcm arwah Saleem. Sakit yang amat bila batuk, bersin, menguap dan ketawa,” tulisnya menerusi beberapa posting.
Sementara itu ruangan komen, netizen turut mendoakan kesihatan penyanyi berusia 56 tahun itu segera pulih seperti sedia kala.
MH mengucapkan takziah diatas kejadian yang menimpa Joey dan sama-sama mendoakan agar Joey diberikan kekuatan.
Facebook : Joey BPR
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Yang Menggelupur,” – Fitnah Rosyam Nor? Bell Ngasri Terkejut Nama Dalam Senarai Saman
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri akui terkejut apabila namanya turut tersenarai dalam kalangan individu yang akan dikenakan tindakan saman oleh pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor kerana didakwa menyebarkan fitnah.
Menurut Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, hantaran tersebut sebenarnya telah dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan namanya di Facebook.
“Saya pun tak tahu bila ada pihak yang menggunakan nama saya untuk mencipta akaun ‘fan page’ di Facebook.
“Bila viral isu melibatkan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Rosyam Nor, tiba-tiba ada nama saya pula.
“Saya pun pelik. Bila masa pula saya bercerita mengenai hal orang. Rupa-rupanya hantaran itu dimuat baik oleh fan page berkenaan,” katanya kepada MH.
Pelakon filem 19 Puasa: Playboys Of Plastic Hitam itu berkata sedemikian ketika ditemui acara Anugerah Bintang Popular ke-36, baru-baru ini.
Katanya lagi, perkara ini sudah pun dijelaskan dan Rosyam Nor juga tahu mengenai situasi sebenar.
“Saya kenal Datuk Rosyam sejak kecil. Saya panggil dia pun ‘uncle’ sahaja’m. Bila tahu Datuk Rosyam nak saman, saya jadi risau. Saya pula sejenis yang penakut.
“Disebabkan itu, saya memuat naik satu hantaran untuk menjelaskan bahawa akaun tersebut bukan milik saya.
“Rupa-rupanya, dia pun sudah tahu. Ia merupakan kerja orang lain. Yang menggelupur saya seorang.
“Rupanya ramai artis-artis yang terkena situasi yang sama. Ada pihak cipta fan page kemudian, buat fitnah dan cerita yang bukan-bukan,” ujarnya lagi.
Ditanya ada dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun tersebut, ini reaksi Bell;
“Saya bukan tak nak ambil tindakan tapi saya tak tahu nak buat apa. Memang ada pihak yang minta saya laporkan akaun-akaun tersebut.
“Saya sudah pernah bercakap dan beri nasihat kepada akaun-akaun yang menggunakan nama saya ini. Saya maklumkan tindakan ini bahaya tapi mereka masih tak endah.
“Artis-artis lain juga buat tindakan sama tapi sehingga sekarang situasinya masih sama,” akhirinya.
Terdahulu, Rosyam tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya difitnah dalam media sosial apabila dikatakan mengeluarkan kenyataan tidak benar dengan memberi nasihat kepada Fattah Amin.
Menerusi hantaran yang dibuat, Rosyam memuat naik tangkap layar akaun media sosial yang terlibat dan salah satunya ialah akaun Facebook menggunakan nama ‘Bell Ngasri’.
Namun, Bell segera tampil menjelaskan kekeliruan tersebut dengan menegaskan akaun tersebut adalah palsu dan sekadar menggunakan namanya.
Sebelum itu, seorang wanita memuat naik kenyataan berbaur fitnah kononnya Rosyam pernah menasihati Fattah sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Insyallah Dan Terima Kasih Semua, Esok Baby Billy Balik Rumah,” – Lana Nodin Panjat Rasa Syukur
Pelakon, Lana Nodin memberikan dedikasi buat peminat yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak keduanya, William Daud McKienzie yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.
Pada masa sama, Lana turut memberitahu anaknya itu sudah dibenarkan pulang esok.
“Ni la moment malam pertama bile sy di masukkan di hospital ijn untuk menjalani procedure untuk jantung sy…dengan berkat doa2 orang di luar sane beri semangat pada sy dan mommy sy… Alhamdulillah sy dah boleh keluar esok dengan sihat…
“Terima kasih pada semua yg x henti2 doakan sy dan beri kata semangat oada mommy sy… Dan terima kasih to staff ijn dan doktor2 yg tak putus asa selamatkan sy tempoh hari…10 mins waktu yang sangat berharga untuk sy.
“Nanti sy dah sihat sepenuhnya dan ready utk jalan2 sy akan ikut teman mommy pegi event2… Mesti nak jumpa org ramai yg doakan sy hari tu… Insyallah dan terima kasih semua… Esok baby Billy balik umah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie) on
Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dari kalangan peminat yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan bayi lelaki itu.
Terdahulu, Lana menjelaskan anaknya dikesan mengalami masalah injap atau aortic stenosis sejak dilahirkan dua bulan lalu.
Foto: Instagram Lana Nodin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walau Semua Orang Asyik Kutuk Kami,” – Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 35, MFMF Tak Menyesal Tinggalkan Kerja Korporat
Trio komposer dan penulis lagu, MFMF meluahkan rasa bangga selepas lagu ciptaan mereka bersama penyanyi, Hael Husaini berjudul Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-35.
Menurut MFMF, mereka menyifatkan keputusan untuk berhenti daripada perkerjaan korporat seterusnya mengejar impian dalam bidang muzik adalah sangat berbaloi.
“Tak sangka dalam dua tahun sahaja, dari kami berhenti kerja dalam dunia korporat untuk mengejar impian untuk membuat muzik (walaupun semua orang asyik mengutuk kami yang kami akan gagal), sampailah kami ke semi-finals #MM35 dgn lagu #PeluangKedua.
“Terima kasih kepada semua yang telah mempercayai kami dan hasil kerja MFMF. @haelhusaini @nabila.razali
“Kami bersyukur sangat dapat berada di antara superstars terhebat Malaysia. Terima kasih! Dan tahniah kepada semua kawan-kawan kami yang juga masuk semi-finals!,” tulis pengendali akaun tersebut.
Jelas MFMF lagi, meski ramai yang meragui kemampuan mereka ketika diawal kemunculan, tetapi mereka tetap tidak pernah patah semangat dan usaha mereka ternyata membuahkan hasil.
MFMF dianggotai oleh tiga orang anak muda berbakat iaitu Brenden Lim, Justin Seow dan Zen.
Selain daripada lagu Peluang Kedua, nama MFMF turut melonjak naik selepas kejayaan lagu Cute nyanyian asal Harith Zazman dan Loca B yang telah pun meraih lebih 13 juta tontonan di laman Youtube.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah diatas pencapaian membanggakan trio tersebut.
Terdahulu, senarai 30 buah lagu yang akan bersaing di peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-35 sudah pun diumumkan pada 2 November lalu.
Konsert separuh akhir Muzik Muzik ke-35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula pada Jumaat hingga Ahad 20, 21 dan 22 November 2020.
Konsert ini bakal dihoskan oleh Haziq Hussni bersama gandingannya Sherry Al-Hadad dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Sumber: Instagram MFMF
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI