Tidak dinafikan, momen menjalani fasa tempoh berpantang selepas bersalin dan pada masa sama menguruskan anak yang masih kecil bukan tugas yang mudah untuk dilakukan para ibu.

Meski pun begitu, penyanyi Noor Atiqa Noor Azraff atau lebih dikenali Kaka Azraff mengakui seronok menjalani rutin berpantang selepas bersalin cahaya mata keduanya, Aryan pada 22 Februari lalu.

“Sebab Dia Take Over 100% Jaga Aslan,” – Suami Sentiasa Membantu, Kaka Azraff Seronok Jalani Tempoh Berpantang “Sebab Dia Take Over 100% Jaga Aslan,” – Suami Sentiasa Membantu, Kaka Azraff Seronok Jalani Tempoh Berpantang

Setelah hampir sebulan menjalani tempoh berpantang, penyanyi lagu Gila ini memberitahu suaminya, Adam Azriff sentiasa membantu menguruskan anak sulungnya, Aslan.

Penyanyi berusia 32 tahun ini telah berkongsi pengalaman tersebut bersama para pengikut di akaun media sosial Instagram miliknya, baru baru ini.

Ads

“Pantang day 22 for my 2nd child who was born on 22.2.2022 Tengok lah anak no 1 tu. So cheeky!

“Geram sangat dgn perangai dia sekarang. Masih dengan uniform pantang hehe. So far, my pantang journey best!

“Thank you @lycmotherchild and also thank you to my husband @helloadamazriff sbb dia take over 100% jaga Aslan,” tulisnya.

Ads

Imbas kembali, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aslan yang kini berusia dua tahun.

Kemudian, Kaka telah selamat melahirkan cahaya mata kedua secara normal pada 22 Februari lalu tepat jam 12.54 pagi.

Ads

“Sebab Dia Take Over 100% Jaga Aslan,” – Suami Sentiasa Membantu, Kaka Azraff Seronok Jalani Tempoh Berpantang“Sebab Dia Take Over 100% Jaga Aslan,” – Suami Sentiasa Membantu, Kaka Azraff Seronok Jalani Tempoh Berpantang

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Kaka Azraff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI