Drama, Takdir Yang Tertulis telah pun melabuhkan tirainya pada semalam.
Pelbagai reaksi telah diberikan oleh warga maya terutamanya ketika tayangan episod akhir pada Selasa.
Antara yang turut tidak ketinggalan untuk memberikan reaksi termasuklah pelakon dan pengacara, Norman Hakim.
Jelas Norman, sekiranya kita sentiasa berpegang teguh kepada rukun iman, sudah tentu kita akan mudah merelakan setiap perkara yang terjadi di muka bumi ini.
“#TakdirYangTertulis musim ke-10. Percaya pada Qada dan Qadar dalam Rukun Iman yang Ke-6, in shaa Allah kita akan redha dengan takdir.
“Sayang dan hargai insan sekeliling dengan meletakkan mereka bukan dalam hati,tapi dalam doa. Sebab hati akan sentiasa berbolak balik, tapi doa akan sentiasa kekal di langit in shaa Allah,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi entri terkini yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Norman turut menitipkan ucapan penghargaan buat isteri, Memey Suhaiza dan juga keluarga bekas isteri, Abby Abadi yang sentiasa ada bersamanya bagi membina sebuah keluarga yang bahagia.
“Terima kasih sayang wifey @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik dan terima diri ini seadanya.
Ads
“Terima kasih sayang bok mantan isteriku @abby_abadi112 sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak dan terima kasih sayang Jai @jaiezzany menjadi suami terbaik buat ibu kepada anak-anakku,” katanya lagi.
Malah, Norman turut meluahkan rasa syukur kerana telah dikurniakan keluarga sebesar ini yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
“Korang adalah sayap kekuatanku. Terima kasih sentiasa ada disisi. Terima kasih Ya Rabb hadirkan mereka ini dalam perjuanganku,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan memutuskan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan keduanya, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya sudah menjadi satu trend di Instagram untuk berkongsi sembila foto terbaik di laman tersebut yang dipanggil ‘Instagram Best 9’.
Susulan itu, selebriti Indonesia iaitu Luna Malay turut berbuat perkara serupa namun di ruangan kapsyen dia mengulas mengenai lembaran tahun 2018nya.
“Tidak terasa ini adalah penghujung 2018. My best 9 di instagram ini, menggambarkan begitu banyak cerita.
“Cerita tentang keluarga, pertemanan, kesendirian dan percintaan juga perpisahan. Semua menjadi kenangan di tahun 2018.
“All i can say, 2018 has been amazing journey. Lots of blessings and tears, lots of love and sadness, but in the end semua menjadi pelajaran yang berharga, pengalaman yang akan menjadi kenangan.
“Apapun yang aku alami adalah bagian terbaik di dalam hidupku,thank you for your support dear family,friends, last but not least my followers,once again thank you. Dear 2018 thank you for the ride, and yess im so ready for 2019. Happy new year,” tulisnya.
Di ruangan kapsyen pula kelihatan ramai yang memberikan kata-kata semangat buat penyanyi lagu Paranoid itu.
Sebelum ini, spekulasi timbul apabila Luna muat naik seolah-olah sudah putus cinta dengan kekasihnya, Reino Barack namun dia tidak berbicara lebih lanjut mengenainya.
Apa-apapun, moga-moga tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih baik buatnya.
Foto/Instagram: Luna Maya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...