Drama, Takdir Yang Tertulis telah pun melabuhkan tirainya pada semalam.

Pelbagai reaksi telah diberikan oleh warga maya terutamanya ketika tayangan episod akhir pada Selasa.

Antara yang turut tidak ketinggalan untuk memberikan reaksi termasuklah pelakon dan pengacara, Norman Hakim.

Jelas Norman, sekiranya kita sentiasa berpegang teguh kepada rukun iman, sudah tentu kita akan mudah merelakan setiap perkara yang terjadi di muka bumi ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

“#TakdirYangTertulis musim ke-10. Percaya pada Qada dan Qadar dalam Rukun Iman yang Ke-6, in shaa Allah kita akan redha dengan takdir.

“Sayang dan hargai insan sekeliling dengan meletakkan mereka bukan dalam hati,tapi dalam doa. Sebab hati akan sentiasa berbolak balik, tapi doa akan sentiasa kekal di langit in shaa Allah,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut disuarakan oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi entri terkini yang dikongsikan di laman Instagram.

Dalam pada itu, Norman turut menitipkan ucapan penghargaan buat isteri, Memey Suhaiza dan juga keluarga bekas isteri, Abby Abadi yang sentiasa ada bersamanya bagi membina sebuah keluarga yang bahagia.

“Terima kasih sayang wifey @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik dan terima diri ini seadanya.

IKLAN

“Terima kasih sayang bok mantan isteriku @abby_abadi112 sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak dan terima kasih sayang Jai @jaiezzany menjadi suami terbaik buat ibu kepada anak-anakku,” katanya lagi.

Malah, Norman turut meluahkan rasa syukur kerana telah dikurniakan keluarga sebesar ini yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

“Korang adalah sayap kekuatanku. Terima kasih sentiasa ada disisi. Terima kasih Ya Rabb hadirkan mereka ini dalam perjuanganku,” akhirinya.

IKLAN

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan memutuskan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan keduanya, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Sumber: Instagram Norman Hakim