Allahyarham Abam sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengikuti jemaah keluar tiga hari untuk beribadah dan berdakwah ke jalan Allah SWT menerusi komen yang ditinggalkan di salah seorang pelakon, Taiyuddin Bakar.

Menyifatkan niat arwah ingin melakukan kebaikan sebagai satu tindakan terpuji, jelas pelakon Azuan Mazlan menerusi laman Instagram miliknya, meski tidak sempat menyempurnakannya, namun apa yang pasti setiap yang kebaikan yang terlintas di hati sudah pasti akan diambil kira oleh Allah.

Atas sebab itu, Allah memuliakan kematian Abam dengan ribuan jemaah hadir bagi menghormati pemergiannya ke negara abadi.

“Allah swt terima abam untuk keluar 3 hari.. Cuba slide pic2 yang lain utk tengok azam si arwah. Apabila seseorang ada azam untuk keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan maka para malaikat telah mencatit kebaikan yg akan dibuat walaupun masih belum berlaku malah Allah swt telah terima amalannya. Ini baru azam 3 hari si arwah abam utk keluar di jalan Allah swt, Allah dah muliakan ramai yg hadir untuk solat jenazahnya, bayangkan kalau dia azam lebih tinggi lagi utk 4 bulan.. In shaa Allah, Allah telah terima abam.. Sebab itu Allah muliakan arwah abam.

“Mari kita ingatkan balik hamba Allah yang telah Allah jemput & muliakan sesiapa yg keluar di jalan Allah swt dan kemudian mati dalam keadaan husnul khotimah sehingga berpuluh ribu manusia menyolatkannya dan mengiringi jenazahnya sehingga di tanah perkuburan.

IKLAN

“Seperti Arwah Badrul yang meninggal di hadapan makam Rasulullah saw dan disolatkan berpuluh ribu manusia yg beriman, Haji Meor yg meninggal tengah khuruj di jalan Allah yg dihadiri beribu org menyolatkan jenazahnya.. Dan haji mat yang meninggal dunia di jordan ketika sedang keluar di jalan Allah yg telah di solatkan dan diiringi jenazahnya hingga ke tanah perkuburan seramai 50ribu orang dan ditanamkan kuburnya di sebelah makam Sahabat Rasulullah saw,” jelasnya.

Ulas pelakon drama bersiri 3 Janji itu lagi, kematian pasti datang namun apakah persiapan kita untuk menghadapinya.

IKLAN

“Esok pasti giliran kita.. Pasti!! Namun apa persiapan kita sekarang ini? Kita sekarang ini ditipu oleh dunia.. Malaikat maut datang ziarah kita setiap 20 minit dalam satu hari Utk melihat persiapan kita.

“Oleh itu jom kita keluar 3 hari di Masjid Al-hasanah, bandar baru bangi untuk belajar2 bantu agama Allah swt dan hidupkan sunnah Rasulullah saw pd 13hb februari hingga 16hb februari 2020. Ketika pertama kali saya keluar 3 hari, barulah sy rasa yg sy baru jadi orang islam seperti yg dilakukan oleh Sahabat2 Rasulullah saw radiAllah hu’anhum ajmain.

IKLAN

“Allah akan muliakan kita hanya dengan agama yang sempurna,” kongsinya panjang lebar.

View this post on Instagram

Allah swt terima abam untuk keluar 3 hari.. Cuba slide pic2 yang lain utk tengok azam si arwah. Apabila seseorang ada azam untuk keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan maka para malaikat telah mencatit kebaikan yg akan dibuat walaupun masih belum berlaku malah Allah swt telah terima amalannya. Ini baru azam 3 hari si arwah abam utk keluar di jalan Allah swt, Allah dah muliakan ramai yg hadir untuk solat jenazahnya, bayangkan kalau dia azam lebih tinggi lagi utk 4 bulan.. In shaa Allah, Allah telah terima abam.. Sebab itu Allah muliakan arwah abam.. Mari kita ingatkan balik hamba Allah yang telah Allah jemput & muliakan sesiapa yg keluar di jalan Allah swt dan kemudian mati dalam keadaan husnul khotimah sehingga berpuluh ribu manusia menyolatkannya dan mengiringi jenazahnya sehingga di tanah perkuburan.. Seperti Arwah Badrul yang meninggal di hadapan makam Rasulullah saw dan disolatkan berpuluh ribu manusia yg beriman, Haji Meor yg meninggal tengah khuruj di jalan Allah yg dihadiri beribu org menyolatkan jenazahnya.. Dan haji mat yang meninggal dunia di jordan ketika sedang keluar di jalan Allah yg telah di solatkan dan diiringi jenazahnya hingga ke tanah perkuburan seramai 50ribu orang dan ditanamkan kuburnya di sebelah makam Sahabat Rasulullah saw. Esok pasti giliran kita.. Pasti!! Namun apa persiapan kita sekarang ini? Kita sekarang ini ditipu oleh dunia.. Malaikat maut datang ziarah kita setiap 20 minit dalam satu hari Utk melihat persiapan kita. Oleh itu jom kita keluar 3 hari di Masjid Al-hasanah, bandar baru bangi untuk belajar2 bantu agama Allah swt dan hidupkan sunnah Rasulullah saw pd 13hb februari hingga 16hb februari 2020. Ketika pertama kali saya keluar 3 hari, barulah sy rasa yg sy baru jadi orang islam seperti yg dilakukan oleh Sahabat2 Rasulullah saw radiAllah hu'anhum ajmain. Allah akan muliakan kita hanya dengan agama yang sempurna.

A post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on

Terdahulu, berita pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey awal pagi semalam nyata mengejutkan ramai peminta industri hiburan tanah air.

Foto : Instagram Azuan Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI