“Sebab Kebanyakan Kawan Di Umur Dia Dah Ada 2,3 Anak,” – Fasha Minta Doa Semua, InsyaAllah Due Date Bersalin Jatuh 2 Februari 2020

Share

Selepas suaminya, Aidil Aziz ada berkongsi mengenai berita gembira, kini si empunya badan, Fasha Sandha pula akhirnya berkongsi kegembiraan selepas disahkan hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan aktor berkenaan.

Dedikasi panjang lebar itu disampaikan Fasha, menerusi Instagram sebentar tadi.

Kongsinya, berita perihal kehamilan membuatkan suaminya telah mengalirkan air mata buat kali kedua.

“Syukur Alhamdulillah. Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha.Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil. Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian,” kongsi Fasha.

Lalu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu memberitahu, segalanya berlaku kerana ‘doa’, diiringi usaha.

“Saya ingin kongsi pada semua, jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.

“Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang.

“Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat.

“Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambahkan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.

“Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya,” jelas Fasha lagi.

“Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal.

“Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.

“Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.

“Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis.

“I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. kenangan manis.

“Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita). Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur,” tulisnya panjang lebar sambil diiringi tanda palang #aidilfasha.

Untuk rekod, Fasha selamat bergelar isteri kepada Aidil dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di kampung halaman aktres berkenaan di Perlis.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, aktres itu pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Tahniah buat pasangan ini dari MH.

Foto: Instagram Fasha & Aidil

Published by
Rafiq Mazlan