Sebab Masak Pakai Periuk Buruk, Zulin Aziz Terima Hadiah Periuk Baru Dari Datuk Aliff Syukri. Murninya Hati!

Share

Terbaru, penyanyi Zulin Aziz ada memuat naik satu video di laman media sosial Instagram.

Zulin atau nama lengkapnya, Farah Azleenda Abdul Aziz berkongsi berita gembira apabila dia telah menerima hadiah set periuk memasak yang baru daripada usahawan, Datuk Aliff Syukri.

“Pagi2 dapat hadiah periuk belanga. Terima kasih Dato @aliffsyukriterlajaklaris dan Datin @shahidadherbs bagi saya hadiah ni disebabkan dato tgk saya masak pakai periuk buruk, ”tulisnya.

Dalam pada itu, peminat juga memcemburui Zulin kerana menerima hadiah istimewa daripada usahawan terkenal.

Difahamkan, penyanyi berusia 28 tahun itu sebenarnya gemar memasak di dapur.

Bertuah Zulin, mesti seronok dapat hadiah periuk baru daripada Datuk Aliff Syukri.

Video : Instagram Zulin Aziz