Selepas pendiriannya yang menolak pemberian seorang guru yang mahu berikan hadiah berupa wang ringgit atas kejayaannya meraih pencapaian cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam, pelajar tahun 6 yang dikenali sebagai Odah sekali lagi menjadi tumpuan apabila kisahnya turut mendapat reaksi Neelofa.

Difahamkan, usahawan dan selebriti terkenal itu mahu menghargai pelajar berkenaan atas sikap rendah diri serta pencapaian yang boleh dijadikan sumber inspirasi.

Terbaru, guru di sekolah tempat Odah belajar yang dikenali sebagai Syafaat Nasir menerusi Twitter ada berkongsi rakaman video temu bual bersama pelajar yang satu-satunya berjaya mendapat keputusan 6A di sekolah itu.

Ads

“Oleh sebab ramai sangat yang dah puji Odah atas kejayaan dia dapat 6A UPSR semalam, harini buat interview ringkas dengan Odah. Sorry Odah malu sikit.

“Terima kasih atas ucapan dan doa kalian untuk Odah. Harap-harap dia berjaya menjadi manusia berguna dan anak solehah,” tulisnya.

Ads

Di dalam temu bual berkenaan, Odah antara lain turut mengucapkan terima kasih atas ucapan yang memberikan semangat.

Ads

Pada masa sama, Odah turut menjelaskan sebab dia menolak hadiah wang ringgit yang mahu diberikan seorang guru atas kejayaannya itu.

“Sebab memang sudah nak dapat ‘A’ tu. Dengan bimbingan cikgu dan doa apa semua dah gembira. Dah cukup dah… Tak payah dengan duitlah,” jelas Odah atau nama sebenarnya, Radiahtul Raudhah Mohd Ismail.

Bapanya merupakan seorang pencen askar sementara ibunya pula seorang suri rumah. Tahniah buat adik Odah dan semua pelajar lain yang berjaya mengambil keputusan UPSR tahun ini.

Kredit: Twitter Syafaat Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI