“Sebab Ramai Cakap Pipi Saya Pelik,” – Safiey Illias Bakal Kecilkan Pipi, Nasihat Dapatkan Rawatan Doktor Estetik Bertauliah

Share

Ushawan kosmetik sensasi yang pernah muncul dengan single, Safiey Ilias mendedahkan bakal mendapatkan rawatan dari klinik estetik bagi mengecilkan pipi.

Penyanyi Syinta Gila ini mahu mendapatkan prosedur berkenaan selepas ditegur bahawa bentuk pipinya kelihatan pelik.

Safiey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Malah dia turut memaklumkan, bakal membuat rawatan dengan doktor estetik yang sah kerana sebelum ini ‘terkena’ dengan doktor yang tidak bertauliah.

“Alhamdulillah, esok akan jumpa @drshaharom untuk rawatan kecilkan pipi sebab ramai cakap pipi saya pelik. Tq doc!

“So make sure buat rawatan dekat doktor estetik sah yang ada LCP License (Letter of Credentialing dan Privileging) ye.

“Saya dah terkena dengan doktor tak bertauliah. Serik! Nasib ada Dr Shah,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Sementara itu menerusi ruangan komen, para pengikutnya turut memberikan reaksi pelbagai. Malah, ada di antara reaksi yang ditinggalkan mendapat respon Safiey.

Meninjau posting terkininya pula, Safiey hari ini ada bertemu kaunselor bagi mendapatkan sesi kaunseling dan terapi.

Foto: Instagram Safiey Illias

Published by
MH