Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid kini mengeluarkan produk jenamanya sendiri yang berasaskan cecair basmi kuman iaitu hand sanitizer.
Perkara tersebut dilakukan Safawi susulan barangan tersebut dilihat semakin berkurangan di pasaran akibat penularan koronoavirus (COVID-19) yang semakin membimbangkan di negara ini.
“Saya dah keluarkan produk saya sendiri ‘hand sanitizer’, jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya tengok sanitizer di pasaran sudah kurang.
“Jadi saya harap apa yang saya buat ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia dan harap benda ni tak berleluasa di mana-mana.
“Tapi korang pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah,”kata Safawi dalam satu klip video di Instagramnya.
Dalam masa sama, penyerang Skuad Kebangsaan berusia 23 tahun itu juga amat menitiberatkan penjagaan kesihatan, kerana baginya dia merupakan seorang atlet yang sering melakukan latihan dan aktiviti senaman.
“Semakin hari kes dicatatkan semakin tinggi di Malaysia,wabak Covid19 ni sangat bahaya kalau kita xbendung dengan cara membersihkan diri dan sanitize tangan selalu bila bersentuhan mungkin risiko dijangkiti ada.
“Saya sebagai Athlete sangat mengutamakan kesihatan kerana latihan diwajibkan setiap hari dan terdedah kecuali restricted movement ni sehingga 31 March.. LIFECARE HAND SANITIZER ni saya keluarkan demi memastikan kita semua dalam keadaan bebas kuman dan virus,” tulisnya.
Foto : Instagram Safawi Rasid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI