Majlis akikah anak lelaki Anzalna Nasir, Mohamad Eidress dan sambutan ulang tahun perkahwinan aktres itu yang berlangsung secara meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Bagaimanapun, lokasi sama turut menjadi tumpuan apabila ia turut bertembung dengan Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang dihadiri ahli parlimen dari enam parti di lokasi sama.

Difahamkan, majlis makan malam yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dihadiri ahli Parlimen dari enam parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Warisan, Gabungan Parti Sarawak, Umno dan PAS.

Atas perkara itu, Anzalna turut berkongsi cerita mengenai perkara itu dalam salah satu entri di Instagram.

IKLAN

“Nak dengar cerita kelakar? Semalam, boleh pula majlis Aqiqah Eidrees/sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergempar menteri-menteri.

“Terkejut juga nampak menteri-menteri sebab setahu kita cuma jemput anak-anak yatim/asnaf, tahfiz, teman terdekat dan keluarga tersayang saja ke majlis kami.

“Lepas tu tiba-tiba mereka hilang! Tak sempat nak ajak makan! #SemuaJadiBusyBody,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi platform sama, Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir turut berkongsi foto sepanjang majlisnya berlangsung.

IKLAN

Dalam pada itu MH yang turut dijemput menghadiri majlis istimewanya itu sempat bertanya mengenai perkembangan diri serta seninya ketika ini.

Ikuti sedutan momen indah majlis Anzalna di sini;

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/153172229028111/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI