Pelakon, Hanez Suraya yang kini bergelar duta kepada jenama kosmetik dan bergelar usahawan seringkali memuat naik mengenai aktiviti hariannya di Instagram.
Terbaru, Hanez telah memuat naik satu keping gambar bersama dengan suaminya di akaun instagram miliknya berserta kapsyen ;
“Saya ni jarang sekali post pic suami. Sebab suami saya pemalu” tulisnya
View this post on InstagramSaya ni jarang sekali post pic suami. Sebab suami saya pemalu ?
A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on
Jarang jarang sekali Hanez memuat naik gambarnya bersama suami di laman media sosial membuatkan netizen selalu tertanya kepada Hanez.
Lantas, Hanez menjawab yang suaminya seorang yang pemalu. Jadi jarang kelihatan gambar suami Hanez di akaun Instagram Hanez.Alahai manja betul suami Hanez ni.
Untuk rekod, Hanez dan suaminya, Romin Razin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan satu cahaya mata yang bernama Puteri Aleesya, berusia 3 tahun.
Foto : Instagram Hanez Suraya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“2019 Nak Jadi Macam Ni!,”- Miliki Badan Langsing, Ramai Terinspirasi & Azam Mahu Kurus Macam Lisa Surihani
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2019.
Pastinya setiap individu menanam sifat positif dalam diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Misalnya, ramai yang berazam untuk tampil langsing dan cantik seperti pelakon, Lisa Surihani setelah dia memuat naik fotonya itu di Instagram.
Foto tersebut melihatkan Lisa tampil berpakaian kasual (jeans biru dan kemeja loose berwarna putih) yang sedang posing di atas kerusi.
Susulan itu, ramai yang memuji kecantikan pelakon Papa I Love U itu meski sudah mempunyai seorang anak.
Wah! Masing-masing sudah mempunyai azam untuk miliki bentuk badan ideal seperti Lisa.
Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa wajah dan badannya memang tidak ditelan usia.
Foto : Instagram Lisa Surihani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kejayaan Demi Kejayaan, Tahniah Kak Siti Kusayang,” – Terima Trofi Kesekian Kalinya, Ramai Beri Dedikasi Buat Tok Ti
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur selepas namanya tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Usahawan Selebriti Tahunan bagi kategori kecantikan dan kesihatan di Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA), semalam.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar.
Menurut Siti, penganugerahan tersebut disifatkan sebagai ‘moral booster’ buat dirinya untuk terus berusaha untuk sentiasa memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang seni mahupun keusahawanan.
“Alhamdulillah, hari ini saya menerima Bumiputera Business Excellence Awards ( BBEA) yang berlangsung sebentar tadi.
“Anugerah Celebrity Entreprenuer Of The Year ( Beauty & Health) ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar di Hotel Shangrila.
“Anugerah ini adalah penyuntik semangat saya untuk terus berusaha memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang perniagaan dan juga hiburan,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Dikesempatan itu juga, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.
“Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur BBEA di atas pemberian anugerah ini.
“Setinggi tinggi Tahniah juga buat Tulang belakang saya terutama sekali suami dan keluarga tercinta serta peminat saya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menyifatkan Siti sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.
“Alhamdulillah tahniah Kak Siti. Terima kasih selalu berkongsi rezeki.
“Kejayaan demi kejayaan. Tahniah Kak Siti ku tersayang. Kau tiada pengganti.
“Tahniah Tokti semoga terus sukses. Sayang Tokti.
“Alhamdulillah terbaik Datuk Siti. Semoga menjadi inspirasi buat kita semua,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Siti telah mengorak langkah menceburi bidang bisnes selepas memperkenalkan produk kecantikannya sendiri, Simply Siti yang mula diasaskan pada 2010.
Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Badan Nak Guna Lama,” – Dr Say Kata Tak Guna Jaga Pantang 44 Hari Andai…
Topik yang cukup hangat untuk diperdebatkan iaitu berpantang selepas bersalin.
Tegas doktor viral yang pernah menjadi hos My Doctors, Dr Say Shazril memaklumkan tiada bukti saintifik mengatakan fungsi badan akan terjejas andai tidak berpantang dengan betul.
Malah ulasnya lagi, sekiranya para ibu hanya berpantang dengan betul selama 44 hari, namun selepas itu berterusan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat, masalah kesihatan tetap akan timbul.
“Topik : Pantang Part 2
“Ingt post kali ni nk bercerita psl mitos2 pemakanan dlm pantang tp memandangkan comments on last post bnyk yg sy rasa sy perlu addresskan maka sy addresskan dlu eh? Juga spt sebelum ni lets keep an open conversation here k peeps, xmo kondem2 k? Nak amalkan bergantung, xnk amalkan tergantung. Masing2 dh besar & boleh buat pilihan sendiri. Sy hny beri fakta mengikut sains & perubatan.
“Satu, ade yg komen kata “badan nak guna lama” kalau xjaga pantang nnt mase umur 30-40an badan akan terjejas. Statement ni tiada basis scientifically. Sy tny balik, sekiranya dlm tempoh 44hari ni anda berpantang ketat2 den masuk hari ke 45 & ke atas anda indulge mkn fast food, xbersenam, xlead healthy lifestyle ikut logik akal, anda rasa badan anda akan tahan lama x?
“Adakah dgn berpantang ketat selama 44hari tu anda jamin anda xkn kena darah tinggi, kencing manis, osteoporosis & pelbagai penyakit lain? Bg sy seseorang itu baik wanita mahupun lelaki seharusnya berpantang spnjng hidup yakni mengamalkan pemakanan & lifestyle yg sihat + seimbang baru lah “badan tahan lama”,”tegasnya.
Tambahnya lagi, proses berpantang amat mudah. Sekiranya makanan itu menimbulkan alahan, sebaiknya dielakkan.
“Kedua, sebelum sy go specifically kpd jenis makanan yg katanya xboleh diambil sewaktu berpantang, rule of thumb ttg makanan ni TERAMAT SIMPLE. Any makanan yg tidak mengakibatkan alahan kpd seseorang itu BOLEH dimakan.
“Sekiranya makanan tu xbuat badan anda merah2+gatal2, xbuat pernafasan anda semput, xbuat anda ttibe2 loya+muntah ia BOLEH & SELAMAT dimakan. Kireny anda boleh makan apa jua lepas bersalin as long as ia sihat, seimbang & tidak menyebabkan alahan. Kan mudah berpantang tu dak?
“Sy tau mst rmi yg xpuas hati ngn pndngn sy mengenai pantang modern ni. Sy xmenolak 100% pantang tradisional, in fact lpas bini bersalin sy carikan org tuk tlg urut dia tuk 3hari tuk relaxkan bdn die. Cume xdela sy suruh die berlipas, bertangkas, bergelumas tu.
“Kalau anda rase aktiviti2 itu memberi ketenangan kpd anda silakan sb tujuan utamany mmg nk relaxkan & galakkan peredaran darah. Ok next part sy crite in detail mengenai mitos pantang pemakanan k peeps? Btw, Ace bedak tebai kirim salam semua,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Rata-rata netizen setuju dengan penerangan doktor bebas ini dan memberikan pandangan masing-masing.
Foto : Instagram Dr Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI