Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal memuatnaik foto sekeluarga, lalu memberikan dedikasi buat suami tersayang, Khairul Anuar Hussin.

Ucapan manis itu dibuat bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang diraikan, pada Ahad.

Jelas Elyana, dia dan anak-anak sayangkan ‘ayah’ dan memerlukan ‘ayah’ untuk sentiasa ada bersama.

“Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah,” – Ucapan Sayang Elyana Buat Suami, Kongsi Foto Sekeluarga

“Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah,” – Ucapan Sayang Elyana Buat Suami, Kongsi Foto Sekeluarga“Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda, Cinta and Cahaya sayang sangat kat ayah. Kalau ayah tak ada,kitorang tak best, mesti nak kena ada ayah.

Ads

“Sebab ayah our superhero…semua ayah boleh buat, kecuali pasang2 kabinet, katil dan apa je yang ada skru tu memang ayah tak pandai. Nasib baik bonda power part tu.

“Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup and tak best kalau tak ada awak,” tulisnya.

Ads

Lalu, posting yang dibuat penyanyi yang kini menjalani rawatan radioterapi bagi rawatan kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun itu membuatkan rata-rata peminat berasa sayu.

Malah, masing-masing turut mendoakan agar ujian yang dihadapi Elyana beransur hilang seterusnya memberikan kata-kata semangat moga dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Ads

Elyana dan Khairul Anuar Hussin mendirikan rumah tangga pada November 2010.

“Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah,” – Ucapan Sayang Elyana Buat Suami, Kongsi Foto Sekeluarga

“Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah,” – Ucapan Sayang Elyana Buat Suami, Kongsi Foto Sekeluarga

Foto: Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI