Sharnaaz Ahmad telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, memetik laporan Harian Metro.
Bintang filem Juvana berusia 34 tahun itu telah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan permohonan tersebut pada 19 September lalu.
Ketika ditemui media selepas prosiding, Sharnaaz memberitahu, dia berbuat demikian adalah bagi memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang berlegar-berlegar mengenai rumah tangga mereka.
“Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail, Akberdin memaklumkan pihaknya juga telah menyerahkan saman kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu.
Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka. Mahkamah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula kes.
Ads
Sementara itu, mahkamah sama turut menetapkan 6 November ini untuk jawatankuasa pendamai (JKP) yang dilantik Sharnaaz dan Noor Nabila mengemukakan laporan berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Ahmad Muttaqi menetapkan tarikh itu selepas prosiding pelantikan wakil JKP oleh kedua-dua pihak, hari ini.
Sementara itu, kakak kepada usahawan dan pelakon, Neelofa itu telah melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan, manakala Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil.
Ads
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga rapat dengan satu pasangan terbabit, akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Perlantikan JKP itu berikutan aktor berkenaan yang tidak bersetuju dengan tuntutan cerai Nabila yang memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 13 September lalu.
Ads
Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.
Bagaimanapun, rumah tangga pasangan selebriti ini kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz.
Ia menjadi bualan selepas wanita terbabit berkongsi foto yang dipercayai dirakam di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.
Sumber/Foto: Harian Metro/Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin ada memberi kata nasihat dan peringatan kepada semua serta diri sendiri untuk sentiasa menghindarkan diri daripada melakukan fitnah terhadap orang lain.
Pada masa sama, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin menyifatkan tindakan sedemikian tidak sewajarnya untuk dilakukan dan berharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan setiap dilontarkan, bimbang akan menjadi fitnah.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Secebis Harapan berharap agar semua sentiasa muhasabah diri serta sabar dengan setiap musibah yang berlaku.
“Bismilahirahmanirahim. FITNAH. Allahuakbar… Memang zaman sekarang ini adalah zaman FITNAH.
Org baik difitnah, org buat jahat difitnah malah orang tak buat apa2 pun kadang2 difitnah juga.
“Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, seorang yg maksum juga difitnah. Isteri kesayangan Nabi, Aisyah juga difitnah oleh org munafik sehingga turun ayat 11 Surah An- Noor. Apatah lagi kita insan yg penuh dgn dosa, kekurangan & kelemahan.
“Fitnah juga bermakna dugaan, cubaan dan ujian utk setiap manusia; Surah Al- Anfal ayat 28,” tulisnya.
Bagi Nora, perbaiki diri sendiri adalah yang terbaik.
“Saya menyeru kpd semua & reminder utk saya juga. Jauhi fitnah & jgn mudah percaya pada kata2 org. Perbaiki diri kita, itu adalah yg terbaik. Sesungguhnya diam itu lebih BAIK dari berkata- kata benda yg tiada faedah.
“Musibah & bencana makin byk berlaku dimerata dunia. Moga kita semua dpt muhasabah diri , lihat diri kita & mengambil iktibar diatas setiap apa yg berlaku,” tulisnya lagi.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulis Vida ringkas.
Justeru, para peminat meninggalkan komen yang memuji penampilan ahli perniagaan ini yang tampak lebih segar selain lebih menawan.
Malah, ada individu yang bertanya mahukan kepastian sama ada Vida ada melakukan pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan ‘potong usus’ demi memiliki berat badan ideal.
“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.