“Sebagai Bapa Saya Tak Tahu Nak Buat Apa,” – Anak & Bekas Isteri Positif Covid-19, Fizo Omar Luah Rasa

Share

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi khabar kurang gembira apabila memaklumkan anak dan juga bekas isterinya, Mawar Karim kini dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada 1 Januari lalu.

Menurut Fizo, Mawar dan juga anaknya, Wan Maryam kini sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Hospital Malaya sejak semalam.

“Assalamualaikum wbt, seperti mana yang saya bagi tahu sebelum ini, anak saya, Wan Maryam daj uga bekas isteri saya Mawar telah pun disahkan berjangkit Covid-19 pada 1 Januari 2021. Saya harpkan semua pihak dapat doakan yang terbaik. Sekarang ini, Mawar dan Maryam menjalani rawatan dan berehat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan hari ini merupakan hari yang kedua.

“Keadaan masih lagi terkawal tetapi Mawar didapati ada mengalami simptom-simptom batuk, sakit dada, sesak nafas danjuga hilang deria rasa. Tapi Maryam masih lagi normal dan aktif berlari macam tiada apa-apa. Hopefully Maryam kuat.

“Sebagai bapa saya tak tahu nak buat apa, maksud saya bila saya kata begitu bila saya dapat tahu, kita tak boleh salahkan mana-mana pihak. Tiada siapa nak anak mereka dijangkiti Covid-19 sebab benda ni kita tak nampak,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pengantin Satu Malam itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan ujian ini amat berat bagi dirinya lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya diwaktu sukar ini.

“Walaupun, saya dan Mawar terlalu berjaga tak bawa anak keluar merata. Kalau keluar hanya ada urusan penting. Sanitize dan cuci tangan. Pakai mask lagi. Tetapi benda nak jadi. Segalanya kerana izin Allah.

“Saya harap sangat ada himah disebaliknya dan saya juga berharap doa daripada anda semua supaya Maryam dan Mawar kuat. Saya berasa syukur juga sekurang-kurangnya Maryam dapat duduk sama-sama dengan Mawar. Bila ibu dan anak kena sekali at least mereka dapat duduk sekali. Itu yang membuatkan saya sedikit lega.

“Saya tak boleh bayangkan kalau Maryam sorang-sorang kena admit. Saya rasa sangat speechless dan saja juga tak boleh nak buat apa-apa. Saya tak boleh pergi tengok. Saya hanya tengok video sahaja anak saya naik ambulans,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir masyarakat yang mengambil mudah mengenai wabak ini sehingga jumlah bilangan kes meningkat secara mendadak saban hari.

“Korang mungkin tak rasa lagi. Korang yang tak ambil berat pasal SOP atau ambil mudah fasal Covid-19, korang tak rasa apa saya rasa. Bila tengok anak korang result positive, the moment positive tu kau dah tak boleh nak buat apa dah. Nak tengok tak boleh nak pegang juga tak boleh.

“Bayangkan orang yang anda sayang kena naik ambulan kena kurung dekat hospital. Hantar makanan pun tak boleh. Saya harap anda faham apa yang saya nak sampaikan. Tolong jaga SOP. Jangan ambil mudah. Kita sedar fasal SOP tapi kita ambil ringan sebab tak kena dekat kita. Bila dah kena dekat diri saya, saya harap semua orang dapat mengambil berat sebab kes pun makin lama makin naik,” luahnya.

Bagaimanapun, Fizo tetap reda dengan ujian tersebut selain turut berharap agar anak dan juga bekas isterinya itu lekas sembuh

“Saya hanya mampu berdoa semoga Allah berikan kekuatan kepada saya. Sembuhkanlah Maryam dan juga bekas isteri saya secepat mungkin. Semoga Allah dapat tarik musibah ni di Malaysia mahupun seluruh dunia,” akhirinya.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Published by
Aizam Manaf