“Sebagai Ibu, Tentu Akan Faham Betapa Azab, Derita…,” – Hina Kematian Dua Anak ‘Rentung’, Vida Tuntut Azwan Ali Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Jika Tidak…

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menuntut permohonan maaf dari Azwan Ali secara terbuka menerusi satu sidang media tergempar yang diadakan pada Isnin di Kuala Lumpur.

Menurut Vida, tindakan pengacara itu yang didakwa menghina kematian dua anaknya dalam kejadian kebakaran cukup menyakitkan.

Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ anaknya, Cik B secara terbuka dengan kata-kata kesat sehingga mengganggu emosi sebagai perbuatan yang cukup tidak sensitif.

Vida atau Hasmiza Othman turut mendakwa perbuatan Azwan berkongsi sepotong video sedang membakar minyak wangi dan selendang pemberiannya merupakan satu penghinaan dan tindakan biadap.

“Sebagai seorang ibu tentu akan faham betapa azab, derita dan kecewa apabila berlaku begini. Saya kena cekal tetapi dia menghina arwah anak saya dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Apabila dia berbuat begitu, memang satu kebiadapan yang luar biasa. Bukan sekali tapi berkali-kali dia memuat naik benda yang sama. Akhirnya saya kena ambil tindakan kepada mereka yang kurang ajar begini, tidak berperikemanusiaan dan tidak merasa sakit kehilangan orang tersayang itu bagaimana.

“Saya menangis sehingga darah tinggi, murung dan tertekan namun mujurlah saya tetap tenang,” jelasnya sewaktu sidang media.

Menurut Vida, pihaknya tidak menjemput Azwan Ali ke karnival berkenaan dan sebaliknya dia hadir atas jemputan Roslan Shah.

Menurut tuntutan berkenaan, Azwan Ali diminta membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial serta menandatangani perjanjian untuk menarik kembali kenyataan dan video yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Published by
Noraini Abd Wahab